Rafizi jawab sebab tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR..
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli 'meletup lagi' selepas mendedahkan kepincangan dalam PKR dengan mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik parti itu sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati. Menurutnya suasana itu berlaku sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada Februari 2015. “Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali,” kata Rafizi, menjelaskan punca beliau tidak hadir mesyuarat badan tertinggi yang menentukan hala tuju parti itu. Rafizi merujuk pemimpin kanan itu kepada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali. Jelasnya, mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah. "Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama deng...