PAS akan pastikan DAP dan sekutunya tidak kuasai Putrajaya
Dalam majlis Amanat Presiden kali pertama Jumaat malam -satu program yang ditiru daripada UMNO yang biasa mengadakan Taklimat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian PAS untuk menghalang DAP dan sekutunya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Program tertutup yang dihadiri semua 1,300 perwakilan PAS itu, Hadi berkata usaha tersebut penting bagi memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama. Menurut sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi. "PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding. "Setiap perso...