‘NAK TANYA, SEL-SEL OTAK RAFIZI RAMLI SUDAH BAIK ATAU BELUM?’
Sejak Rafizi Ramli berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, antara kerja yang paling suka dibuat olehnya adalah menabur fitnah dan menuntut jawapan terhadap semua fitnah yang dilemparkan. Boleh dikatakan, kesemua persoalan dan isu yang sengaja diciptanya menuntut jawapan dari pihak yang difitnahnya.
Namun begitu, apabila jawapan di beri, ayat pertama yang akan di katakannya adalah, jawapan yang diberi langsung tidak memuaskan hati dan tidak menepati soalan yang diajukan. Malah, seperti biasa, Rafizi akan mencipta soalan lain pula dan seperti sebelum ini, dia akan turut meminta jawapan pada soalan berkenaan.
Apa yang ajaibnya, setiap kali soalan dikemukakan oleh Rafizi, pihak kerajaan sentiasa menjawabnya dengan tepat serta berfakta. Tetapi semua itu langsung tidak diperdulikan Rafizi. Persoalannya, apa sebenarnya yang dimahukan Rafizi? Bukankah dia yang bertanya dan apabila jawapan diberi, kenapa dia sendiri yang menolaknya?
Setelah berpuluh atau mungkin beratus kali sepanjang penggal ini berjalan dengan semua jawapan telah diberi, dapatlah disimpulkan bahawa Rafizi langsung tidak memperdulikan walau apa pun jawapan yang telah diberi terhadap fitnah dan soalan-soalannya. Seperti kanak-kanak, dia akan mengulangi soalan yang sama seolah-olah sel-sel otaknya gagal berhubung.
Lihat sahaja bagaimana Rafizi mengutarakan soalan yang hampir sama terhadap isu membabitkan 1MDB, IPIC, Aabar dan SRC. Semua persoalan yang diutarakannya telah dijawab secara terus oleeh Peguam negara, Tan Sri Apandi Ali dalam satu sidang akhbar tahun lalu. Malah, individu seperti Datuk Rahman Dahlan, Datuk Johari Abd Ghani dan ramai lagi turut memberikan jawapan terhadap soalan yang ditanya oleh Rafizi.
Mudah untuk disimpulkan bahawa, Rafizi sebenarnya tahu, semua soalannya telah dijawab oleh kerajaan dan agensi yang terlibat dalam fitnahnya. Cuma, dia sengaja membiarkan sel-sel otaknya gagal berhubung untuk menerima semua jawapan berkenaan dengan harapan, usaha fitnahnya akan disokong oleh rakyat Malaysia.
Lagipun, reputasi dan intergritinya sebagai ahli politik telah tercalar teruk akibat siri saman yang diterimanya sejak menjadi Ahli Parlimen Pandan. Lebih melucukan, ada diantara ahli PKR sendiri yang sudah tidak mempercayai apa jua ulasan dan komennya mengenai apa jua isu di Malaysia hari ini.
Untuk Rafizi, mungkin pesanan ini kena buat anda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W, fitnah ini, pada awalnya mungkin kelihatan seperti perkara yang sebenar, namun kebenaran pasti akan muncul diakhirnya walaupun fitnah itu kelihatan hampir benar untuk mencapai kemenangan. Semoga sel-sel otak Rafizi dapat berhubung bila membaca pesanan ini. -SB

Comments