HALAU AHLI KELUAR PPBM, JANGAN NANTI LEPAS PRU14 TINGGAL MAHATHIR DAN MUKHRIZ SAHAJA
Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menghalau pemimpin dan ahli PPBM untuk keluar dari parti dengan alasan tidak mahu golongan yang menyertainya disebabkan dendam ataupun kerana jawatan.
“Berkenaan mereka yang ingin keluar parti, mereka dialu-alukan untuk keluar parti. Kami tidak mahu mereka yang berada di sini atas dendam peribadi atau mahukan jawatan,” katanya kepada media semalam.
Ada gambaran perasaan yang tertekan dari kenyataan Dr Mahathir itu. Mahunya tak tertekan bila seorang dari tujuh pengasas PPBM telah bertindak keluar parti baru-baru ini.
Itu belum cerita bagaimana macai paling dipercayanya, Khairuddin Abu Hassan dan raja kotak Ezam Mohd Nor yang bikin rekod dunia apabila masuk daftar keahlian untuk seketika dan keluar parti tidak lama kemudiannya.
Namun cara Dr Mahathir menghadapi isu hilang keyakinan ahli dan pemimpin PPBM yang sedang meruncing sekarang jelas tak berhikmah
Menuduh ahli bawahan dan pemimpin yang sedang hilang keyakinan pada parti sebagai golongan yang mempunyai dendam peribadi atau gilakan jawatan sebenarnya agak menghina pengorbanan yang telah mereka curahkan selama ini.
Sebagai pemimpin parti lebih-lebih lagi parti yang usianya baru setahun jagung kena selalu cermin diri dan jangan kerap sangat dengar temberang kroni yang rapat dalam parti terutama anak sendiri.
Kalau nak bercakap pasal dendam dan jawatan, Dr Mahathir lupa tertubuhnya PPBM disebabkan dendam peribadinya setelah segala usaha sabotaj dan kempen menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam UMNO tidak kesampaian.
Setelah gagal semua usaha itu maka Dr Mahathir beralih kepada pembangkang dengan menggerakkan Deklarasi Rakyat, lebih kurang sebulan selepas anaknya, Mukhriz hilang jawatan MB Kedah ekoran tiada sokongan majoriti ADUN.
Deklarasi Rakyat yang sinonim dipanggil Deklarasi Mahathir juga gagal gara-gara skandal ratusan ribu tandatangan palsu dan Yang Di Pertuan Agoong ketika itu pula ragu dengan kesahihan deklarasi tersebut.
Jangan juga lupa juga, sebelum itu Dr Mahathir telah bertindak keluar dari UMNO secara tiba-tiba hanya tiga minggu selepas Mukhriz hilang jawatan MB Kedah.
Lebih menarik lagi, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan PPBM kurang sebulan selepas Mukhriz dan Muhyiddin dipecat dari UMNO kerana kesalahan bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri.
Apabila sudah berada dalam PPBM, bukan rahsia lagi pun yang tindak-tanduk Mukhriz meletakkan rakan-rakannya di serata bahagian PPBM untuk mengukuhkan jawatan dan kedudukannya dalam parti telah menimbulkan perasaan marah ahli dan pemimpin lain.
Bukankah semua fakta itu cukup membuktikan kewujudan PPBM yang Dr Mahathir gelarnya sebagai BERSATU sebenarnya berdiri atas faktor dendam peribadi gagal menjatuhkan Najib serta kerana rasa marahnya berikutan Mukhriz hilang jawatan? Tak teringinkah Dr Mahathir nak menghalau diri sendiri?
Jadi jika Dr Mahathir nak menghalau, menyindir atau menghentam ahli dan pimpinan PPBM bawahan yang sudah mula hilang keyakinan dan kepercayaan pada parti baru itu, kenyataannya semalam itu amatlah tidak berhemah malah nampak sangat serupa dengan ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus.
Dr Mahathir sepatutnya cermin diri sendiri dulu, perlu berlapang dada dikritik dan terbuka mendengar rungutan ahli bawahan, tanpa mereka yang di bawah itu silap gaya lepas PRU14 yang tinggal nanti hanya dia dan Mukhriz sahaja pemimpin yang masih menonjol dalam PPBM.

Comments