GST ANTARA FAKTA DAN REALITI - MAHATHIR DAN NAJIB DUA ERA PEMERINTAHAN BERBEZA

Kadang-kadang penyokong-penyokong pembangkang suka menegakkan benang yang basah walaupun sedar bahawa hujah-hujah yang mereka cuba sampaikan adalah tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali. Kita ambil contoh, hujah penyokong Mahathir yang menyatakan bahawa tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) pun Mahathir mampu bangunkan negara lebih baik secara hakikatnya adalah sangat tidak rasional. Mereka hanya membuat andaian subjektif semata-mata tanpa mengambil kira fakta kukuh yang menyokong hujah mereka.

Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah guru pada zaman Mahathir tahun 2000 hanyalah 267,010 orang untuk 4 juta lebih pelajar. Hari ini, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak tahun 2016 mempunyai 421, 828 orang guru untuk 5 juta lebih pelajar.

Pada tahun 2000 jumlah sekolah ialah 8,876 manakala pada 2016, kini semasa pemerintahan Najib Tun Razak mempunyai 10,180 sekolah untuk dibiayai. Ini belum mengambil kira pengenalan pelbagai teknologi yang telah meningkatkan kos pengurusan berbanding zaman Mahathir.

Selain itu, pada 2007, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan semua Yuran sekolah dan Yuran Peperiksaan Sekolah dimansuhkan. Pada 2007 juga kerajaan mengumumkan pemberian buku teks kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan.

Beban ini semua perlu ditanggung oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak demi keselesaan rakyat. Pada 2012,Najib Tun Razak juga telah mengumumkan kenaikan gaji guru antara 37 hingga 39 peratus yang merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah.

Kerajaan sentiasa mencari pendapatan alternatif bagi menambah bilangan guru dan sentiasa mengambil kira kebajikan guru. Jika menggunakan pendekatan zaman Mahathir, sudah pasti hampir separuh daripada guru-guru tiada kerja hari ini.Perlu diingatkan bahawa Najib Tun Razak sentiasa komited dalam memastikan semua kualiti pendidikan asas negara ditingkatkan.Penyokong Mahathir perlu ingat, kaedah pentadbiran Mahathir baik pada zamannya tetapi sudah lapuk pada zaman hari ini.

Berpijak lah di bumi yang nyata, adalah mustahil Mahathir dan puak pembangkang tidak akan melaksanakan (GST) jika diberi kuasa untuk memerintah negara. Apa yang pasti mereka akan bertindak melakukan pusingan U terhadap pendirian berkenaan. Kerajaan bakal kehilangan sumber kewangan sebanyak RM50 bilion jika tidak melaksanakan sistem percukaian berkenaan yang mana boleh memberi kesan kepada sistem perkhidmatan awam.

Pembangkang hanya pandai berjanji sesuatu tidak ada fakta yang sebenar, asal sedap didengar orang. Realitinya mana-mana kerajaan mesti berdiri di atas sumber hasil pokok. Menolak GST bermakna menolak RM50 bilion, dan sudah pasti perkara ini akan mengganggu fungsi banyak perkhidmatan kepada rakyat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana