Apa Hak Saifuddin Desak PAS Keluar Dari Kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

eperti dijangkakan, reaksi yang ditampilkan oleh PKR hasil daripada usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS kali ke 63 kali ini yang mahu memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR, cukup keras. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta barisan Exco kerajaan Selangor dari PAS untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusan Muktamar berkenaan.

Katanya, jika PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah bagi semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

Ujar Saifuddin lagi, sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri, termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi milik PKR, sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor.

Mungkin pendapat ini lahir atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PKR, namun timbul persoalan, apa hak Saifuddin untuk mendesak semua ahli PAS yang memegang jawatan di Selangor untuk meletakkan jawatan? Adakah dia seorang Menteri Besar atau mungkin sahaja dia seorang yang mengawal segala pergerakan kerajaan negeri Selangor?

Sehingga detik ini, Selangor masih diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Saifuddin hanyalah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti dan bukannya Ahli Parlimen atau ADUN mahupun salah seorang Exco dalam kerajaan negeri Selangor hari ini.

Sepatutnya, dalam hal ini, andai PAS memilih untuk berpisah terus dengan PKR, hanya Azmin sahaja yang berhak untuk membuat sebarang desakan atau tidakan memecat ahli PAS yang masih memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor. Sebagai seorang ketua, dia berhak untuk melakukan perkara demikian dan orang luar dari kerajaan negeri Selangor sepatutnya melihat atau menasihati sahaja.

Ini tidak, Saifuddin yang langsung tidak ada kena mengena dengan pentadbiran negeri, cuba menjadi nasi tambah dalam keretakan hubungan PAS dan PKR. Kerajaan negeri Selangor hari ini dibentuk hasil daripada gabungan PKR, DAP dan PAN dan biarlah orang yang berkenaan sahaja yang mengendalikan masalah ini, bukan orang yang tiada kena mengena sibuk mahu menjadi hero.

Sedangkan DAP selaku parti utama yang mempunyai lebih banyak kerusi di Selangor sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan, parti yang hanya menumpang ihsan DAP menjadi ketua pula sibuk menjadi pengarah. Biarkan Azmin yang menentukan duduk sebenar perkara dari mendengar orang yang tiada kena mengena membuat bising.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana