Perjuangan PAS sudah terpesong, kata PAN

PAN mempersoal pendekatan perjuangan PAS yang selama ini mendukung prinsip suci, bagaimanapun sanggup mengeluarkan perkaraan  ‘PAN Jahanam’ semalam.

Menurut Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad, ia jauh bertentangan dengan dasar perjuangan parti Islam itu kerana sepatutnya parti itumendukung aspirasi yang berteraskan semangat kasih dan sayang pada semua manusia tanpa mengira parti.

“Pendakwah bagaikan doktor yang merawat penyakit masyarakat, bukan pembawa virus yang buruk dan merosakkan lagi manusia.

“Malangnya pemimpin PAS sudah menjadi bagaikan dendam dan kebencian, dulunya doa laknat, sekarang ikrar jahanam,” katanya kepada BNBBC my portal, Jumaat.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian bagi mengulas ikrar yang dilontarkan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir dengan menyatakan ‘Jahanam PAN’ sekaligus disambut dengan laungan takbir.

Ikrar tersebut dimulakan ketika Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 yang berlangsung di Kedah semalam.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata ikrar  yang dilaungkan perwakilan Dewan Ulama PAS tidak perlu dilihat dari perspektif negatif.

Sebaliknya bekas ADUN Jengka itu mendakwa perkataan yang digunakan tidak termasuk dalam kandungan ucapan yang dibacakan dalam bahasa Arab.

Muktamar PAS ke-63 berlangsung sejak semalam hingga Ahad depan di Kedah bakal menentukan hala tuju parti itu dalam menempuh PRU-14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana