Kit Siang hipokrit politik…

Lim Kit Siang disifatkan sebagai bapa hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dahulunya didakwa terlibat dengan kegiatan perdagangan mata wang asing (FOREX).

Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, Kit Siang yang juga penasihat DAP itu sebelum ini adalah individu yang lantang bersuara dalam isu itu sehingga menyatakan sekiranya pembangkang mentadbir kerajaan, satu suruhanjaya akan ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Pada peringkat awal, isu pemerdangan mata wang ini pertama kali telah dibangkitkan pada Tahun 1993 di dalam Parlimen dimana Kit Siang telah meminta supaya kerajaan ketika itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) serta Tun Mahathir (Perdana Menteri) untuk mendedahkan berapa jumlah kerugian pemerdangan mata wang ini terhadap negara.

Ketika itu Anwar mengumumkan kerajaan telah kehilangan RM15 bilion wang rakyat.

Namun kerugian sebanyak RM15 bilion yang dinyatakan oleh Anwar itu adalah tidak benar kerana bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini mendedahkan bahawa Laporan Tahunan Bank Negara 1994 yang mencatatkan angka sebenar jauh lebih besar iaitu hampir USD 10 billion atau RM40 bilion.

“Pada 4 Jun 2012 Kit Siang telah mengumumkan bahawa sekiranya pakatan (pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992.

“Namun ironinya, akibat kegilaan serta rakus mahu mendapat kuasa politik, Kit Siang sanggup menggadaikan maruah serta prinsip beliau untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang selama ini beliau tuduh sebagai punca kerajaan kerugian hampir USD10 bilion wang rakyat akibat urus niaga forex.

“Setelah bekerjasama dengan Dr. Mahathir, tidak kedengaran lagi desakan Kit Siang supaya kes forex ini diselesaikan dan beliau kini diam seperti seekor tikus yang ketakutan.

“Persoalanya sekarang, adakah Kit Siang akan memberikan keterangan yang telus dan jujur apabila beliau dipanggil oleh task force yang menyiasat skandal forex ini ataupun beliau akan berbohong atau mungkin menggunakan alasan “sudah lupa” untuk menyelamatkan Dr. Mahathir ? Walau apa pun yang dilakukan oleh Kit Siang imej serta integriti beliau sudah tercemar apabila beliau mula bekerjasama dengan Dr. Mahathir.

“Pada saya, Kit Siang adalah bapa kepada segala hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyedari bahawa skandal urus niaga mata wang asing ini merupakan skandal terbesar dalam sejarah negara ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir, pentadbiran kerajaan pada masa kini telah mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab apabila pada 14 March 2017 dengan menubuhkan satu “Task Force” untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar tahun 1990-an.

Ia adalah sejajar dengan desakan pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP seperti Kit Siang sejak dari tahun 1993 mahu satu siasatan dijalankan untuk menyiasat kerugian ini.

Malah pada tahun 2012 Kit Siang juga berjanji kepada penyokong pembangkang yang jika mereka berjaya menjadi kerajaan, mereka akan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes FOREX ini.

“Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa *BNM mengalami kerugian besar RM30 bilion*. Tetapi BNM mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993,” kata Kit Siang suatu ketika dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana