Muktamar PAS Ke 63 : Angin Perubahan Di Selangor Perlu Di Segerakan

Tidak dinafikan bahawa Kelantan merupakan kubu kuat bagi PAS sejak lebih 25 tahun yang lalu. Penguasaan PAS di negeri ini cukup dominan dengan beberapa parti bekas sekutu PAS langsung sukar menggugat kekuatan PAS di negeri ini. Selain itu, Terengganu juga merupakan antara negeri yang seringkali menyaksikan pertandingan sengit antara calon PAS dan calon Barisan Nasional.

Selain Kelantan, Terengganu dan Kedah, antara negeri yang pernah ditawan oleh PAS, Selangor juga merupakan sebuah negeri yang dilihat cenderung kepada PAS. Manakan tidak, sewaktu PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan Harapan sekarang), PAS berjaya memperolehi 15 buah kerusi DUN di negeri ini.

Ironinya, penguasaan PAS ini sama banyak dengan apa yang diperolehi DAP di negeri termaju dalam Malaysia ini. Cuma, hasil persefahaman antara pemimpin utama DAP, PAS dan PKR menyaksikan, PKR dipilih untuk menerajui negeri ini menerusi Datuk Seri Azmin Ali. Namun begitu, PAS masih diberi kerusi selaku Exco kerajaan negeri sebagai tanda persefahaman antara ketiga-tiga parti ini.

Hari ini, setelah PAS teruk dikhianati oleh dua orang ahlinya sendiri, PAS kini mempunyai 13 buah kerusi DUN dan masih mampu mengekalkan 3 Exconya. Apa yang menarik adalah, pada Muktamar PAS kali ke 63 ini, seperti dijangkakan, usul mendesak PAS memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR kuat kedengaran. Malah semalam, usul ini telah berjaya diluluskan dan akan di bawa pada persidangan Muktamar kelak.

Menariknya, jika kita perhatikan di Selangor, kekuatan PAS tidak seimbang dan tidak sekukuh di Kelantan dan Terengganu. PAS Selangor diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad. Bukan menidakkan ketokohan beliau, cuma beliau masih belum mampu melonjakkan kekuatan PAS di Selangor untuk menidakkan kekuasaan penuh PKR.

Mungkin dalam hal ini, PAS patut menimbangkan untuk “menghantar” Nik Abduh Nik Abdul Aziz ke Selangor bagi memperkasakan PAS di sini. Mungkin kehadiran Nik Abduh mampu menggugat kekuatan Azmin dan sekaligus menyaksikan Selangor menjadi negeri kedua selepas Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh PAS.

Usul ini timbul setelah melihat peluang Nik Abduh untuk menguasai tampuk pentadbiran di Kelantan nampaknya agak tipis. Ini kerana, Kelantan sudah cukup stabil di bawah pentadbiran Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar. Mungkin peluang ini harus digunakan sebaiknya oleh Nik Abduh menggerakkan usaha menumbangkan kerajaan sosialis DAP, PAN dan PKR di Selangor.

Dalam hal ini, PAS harus realistik bahawa peluang mereka menang di Selangor jauh lebih cerah berbanding Kedah. PAS di Selangor mempunyai 15 buah kerusi di mana andai mahu membentuk kerajaan, PAS perlu mencari rakan gabungan yang terbaik dan dalam hal ini, setelah memutuskan hubungan dengan DAP, PKR dan PAN, BN adalah pilhan terbaik PAS untuk membentuk kerajaan di Selangor.

Semuanya mungkin dalam politik. Walaupun belum ada kenyataan rasmi yang melihatkan PAS akan bergabung dengan UMNO dan BN, namun harus diingat, PAS perlukan 1 rakan kongsi yang mampu merealisasikan impian mereka di Selangor. Inilah masanya buat Nik Abduh tampil menunjukkan kemampuannya untuk memimpin dengan membawa PAS menumbangkan kerajaan PKR di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana