‘AMARAN KEPADA AZMIN, JANGAN HINA ULAMA KAMI’ – PERWAKILAN ULAMA SELANGOR
Perwakilan Dewan Ulama Selangor, Nik Baki Nikmat menarik perhatian persidangan sayap itu apabila dengan lantang mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali agar tidak celupar menghina ulama.
“Menteri besar Selangor dari PKR hina dengan bahasa memanggil lebai. Bagi kami, kami tak boleh terima.
“Atas dasar Islam suatu agama nasihat, maka sekali lagi, kami nasihat menteri besar dari PKR, Azmin Ali, tolong pada masa akan datang jangan celupar mulut hina para alim ulama,” katanya ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama.
Azmin terdahulu dilaporkan media sebagai melabelkan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz sebagai ‘tok lebai’ yang tersungkur (kalah dalam pemilihan) di kawasan sendiri.
Ia susulan Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.
Nik Abduh sebelum itu kalah teruk dalam pemilihan PAS peringkat kawasan Pengkalan Chepa dengan hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin dengan 207 undi.
Nik Baki kemudiannya berkata beliau dan banyak lagi PAS peringkat kawasan mahu hubungan politik dengan PKR ditamatkan.
“Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami.
“Kami mohon sejujurnya, kami tidak mahu gopoh, tetapi kami perlukan satu pendirian dari Dewan Ulama PAS Pusat.
“Kita tengok bila berlaku PRK Sungai Besar terang-terangan PKR menyebelahi Amanah, bagaimana kita nak teruskan (hubungan) sebab di hadapan mata kita rakan setia kita, lawan kita,” katanya.
Setakat ini, sekitar 40 usul sudahpun diluluskan untuk mendesak PAS Pusat memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
PKR pula, menjarakkan diri dan enggan mengulas usul demi usul yang diluluskan itu, bagi memberi ruang seluasnya kepada PAS membuat keputusan. -AP

Comments