Apa hal Pak Sheikh?...main tukar cerita pasal kerugian forex

Pelik menang pelik.Siapa saja yang baca kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pasal keterangannya mengenai kerugian dalam dagangan tukaran mata wang (forex) kepada Pasukan Petugas Khas Forex tentu merasa ada yang tidak kena.

Faktanya beliau akui kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forex pada tahun 1990han amat besar yakni antara RM15 billion hingga RM30 billion.

Gambaran yang cuba diberi ialah beliau yang jadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 tidak terlibat langsung dalam urusan itu malah cuba betulkan keadaan.

Namun dalam kenyataanya, Anwar juga bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini dalam penjara kerana kesalahan meliwat sepatah pun tidak menyebut nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Begitu juga nama Tun Daim Zainuddin,bekas Menteri Kewangan sebelum beliau dilantik ke jawatan itu.

Beliau hanya menuding jari kepada seorang saja iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang disebutnya sebagai Pengarah Urusan di BNM dalam urusan berkenaan.

Bunyinya macam cukup hebat dan power sakan seorang pegawai BMN boleh ' main syok sendiri-sendiri ' dengan duit kerajaan berbillion-billion.

Tentu ramai yang akan kata tidak lojik.

Apa hal Pak Sheikh ?...

Bagi yang tidak tahu 'Pak Sheikh' ialah nama panggilan popular Anwar di kalangan orang politik di zaman beliau di puncak kuasa dalam UMNO dulu.

Tanpa menuduh sesiapa, tentu ramai yang bertanya apakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan waktu itu tidak tahu menahu langsung mengenai urusan dagangan forex yang berbillion-billion itu.

Juga tentu timbul andaian apakah kerana Anwar kini sudah kowtim @ dakap mesra dalam politik dengan Dr Mahathir maka ada segan silu untuk sentuh itu nama.

Jadi apa nak hairan kalau Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak sendiri merasa ada yang tidak kena dengan cerita Anwar pasal keterangannya tentang forex itu.

Menerusi blognya, beliau dakwa Anwar asyik tukar cerita mengenai isu forex yang berlaku semasa zaman kepimpinan Dr Mahathir.

Salleh menduga kenyataan yang dikeluarkan Anwar disesuaikan dengan situasi politik melibatkan dirinya.

"Bila dia bersama Dr Mahathir Mohamad, dia kata satu perkara.Bila dia menentang Mahathir, dia kata perkara lain. Dan sekarang bila dia sekali lagi bersama Mahathir, Anwar buat cerita baru,” katanya.

Beliau mendedahkan dari hansard sidang Dewan Rakyat pada tahun 1993 ,Anwar ketika  menjawab soalan Lim Kit Siang  menafikan Bank Negara rugi akibat spekulasi dalam pasaran forex.

Pada tahun 1994 ,kata Salleh, Anwar memberitahu parlimen bahawa apa yang berlaku cuma kerugian kecil dan hanya “atas kertas”.

Sebaliknya pada satu forum di Pulau Pinang pada 2012  beliau turut menyalahkan Mahathir dan Daim atas kerugian RM10 bilion itu.

Kata Salleh kini yang terbaru Nor Mohamed Yakcop pula dipersalahkan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Senator Khairul Azwan Harun juga mempersoalkan jalan cerita Anwar yang lain sekarang.

Dalam satu kenyataan beliau bertanya "Kenapa Anwar kini senyap dan tidak menyentuh Dr Mahathir dan Daim? Adakah beliau (Anwar) berpendapat Tan Sri Nor Mohamed Yackop mampu menyelesaikan isu forex ketika itu, bersendirian dengan menggunakan kuasanya sebagai Pengarah Urusan Bank Negara."

Katanya Anwar sebelum ini kerap mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu mengenai kehilangan forex pada 1990an.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL