3 ‘HARUMANIS’ DIDESAK KELUAR PARTI : LUAR HIJAU, DALAM OREN

DALAM kehangatan Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang sedang berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah sehingga 1 Mei ini, terdapat juga suara-suara dari penyokong kuat parti itu mendesak agar pemimpin bersifat ‘harumanis’ segera ditolak keluar dari dalam parti.



Maksud bagi ‘harumanis’ itu merujuk kepada mereka yang menjadi pemimpin atau wakil rakyat atas tiket PAS namun kini gerak geri serta kenyataan mereka lebih terarah kepada menyokong perjuangan Parti Amanah Negara atau PAN.



Antara pemimpin PAS di negeri Kedah yang dapat dikesan bersifat begitu adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan dua ADUN iaitu Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta Ustaz Mohd Nasir Mustafa.



Amiruddin merupakan ADUN Anak Bukit yang merupakan bekas YDP PAS Kuala Kedah dan bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Nasir pula merupakan ADUN Kubang Rotan yang pernah berada satu pentas bersama-sama Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang lain pada 1 Mei 2016 yang lalu.



Sebagai tanda desakan itu, wakil portal Tv14 telah berjaya mengesan beberapa kain rentang mendesak mereka bertiga untuk keluar dari PAS serta merta.





Kain rentang yang dijumpai sekitar Kedah itu dipercayai hak milik sekumpulan penyokong kuat PAS Kedah sepertimana yang turut tertera pada kain rentang tersebut.



Ada yang berpendapat, tiga pemimpin PAS Kedah ini sudah ‘tawar hati’ untuk bersama-sama dalam jemaah PAS kerana mereka lebih tertarik untuk berjuang dalam kepimpinan parti serpihan iaitu PAN.



Walau bagaimanapun, niat mereka itu diyakini terhalang oleh ikatan bai’ah yang menjadi pengikat kesetiaan antara mereka yang bergelar wakil rakyat PAS pada PRU13 yang lalu.



Difahamkan, sesiapa dari kalangan wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti itu maka mereka akan terjatuh talak tiga dengan pasangan masing-masing.



Mungkin ini penyebab paling besar mengapa masih ramai pemimpin PAS lebih bersikap ‘harumanis’ daripada secara terang-terangan keluar parti dan melompat ke PAN.



Apapun, sekiranya kepimpinan tertinggi PAS masih tidak mahu melepaskan para pemimpin yang bersikap ‘harumanis’ ini, sudah semestinya mereka akan berada dalam keadaan terseksa dari segi zahir dan batin. 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL