TAK LENA TIDUR AZMIN BILA DEWAN ULAMA PAS LULUS USUL PUTUS DENGAN PKR

Dewan Ulama PAS Pusat telah meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau dalam Bahasa Melayunya kerjasama politik dengan PKR yang dulunya tidur sebantal dengan PAS tapi mimpi lain-lain sejak 1998/99.

“Menyedari bahawa PKR sudah melanggar begitu banyak syarat tahaluf siyasi maka usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat diterima sebulat suara,” kata Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada media petang tadi.

Untuk menjadikan ianya rasmi, Mohd Khairuddin berkata usul itu akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama PAS (MSUP) untuk dimuktamadkan.

Maksudnya ia masih ada sedikit proses ibarat macam laki bini yang dah dalam proses bercerai, lafaz talak satu, dua atau tiga dah disebut mulut cuma yang tinggal lagi hanya menunggu keputusan dan pengesahan dari mahkamah.

Kelulusan usul Dewan Ulama PAS ini tentulah menjadi berita yang paling menyeramkan PKR kerana jika MSUP menerimanya, PKR sudah boleh ucap selamat tinggal kepada ratusan ribu undi Melayu Islam yang pernah dinikmatinya pada PRU13 dulu.

Banyak kerusi Parlimen dan DUN milik PKR di seluruh negara yang dimenanginya dulu adalah hasil dari undi penyokong PAS. Yang mana gemar bercakap besar macam Rafizi Ramli misalnya sudah boleh ucap bye-bye pada title YB.

Ditilik-tilik reaksi di media sosial pula kebanyakan komen netizen dari kalangan penyokong PAS rata-ratanya menyambut baik usul tersebut. Mereka dah letih melihat tindak tanduk pemimpin PKR yang kerap menyalahkan PAS.

Tapi netizen yang pro PKR pula macam biasa terloncat-loncat menyumpah seranah PAS malah ada yang siap menghalau PAS dari terus menjadi sebahagian Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka lupa, Azmin Ali yang naik menjadi MB Selangor sekarang adalah atas ehsan PAS selepas Timbalan Presiden PKR itu mencilok laba dari Langkah Kajang idea longkang Rafizi Ramli.

Bermula malam ini sudah tentu tak lena tidur Azmin dan sekiranya Majlis Syura Ulama PAS terima pakai usul ini, lagi terganggu tidur malam hari kerana hayat Azmin selaku MB akan bergantung penuh pada majoriti mudah yang terlalu kecil bilangannya.

Pun begitu kebarangkalian Majlis Syura Ulama PAS menterbalikkan usul putus tahaluf siyasi itu masih ada, tapi peratusnya boleh diandaikan terlalu kecil.

Mahunya tunggang terbalik dan serba haru biru ahli dan penyokong PAS kalau usul tersebut hanya sekadar dipanjangkan untuk tatapan namun keputusan MSUP kemudiannya bertentangan dengan hasrat usul.

Apapun kita tunggulah sehari dua lagi, mainan politik ini banyak ragam dan silap mata, mana tahu ada aksi sebalik tabir antara dua pihak yang tiba-tiba jadi pemboleh ubah menyebabkan usul yang dipersetujui sebelumnya kemudian jadi lain dari jangkaan. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL