RAFIZI RAMLI & INVOKE TERUS ULANG CERITA ‘HIKAYAT MAT JENIN’

Minggu lepas, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media menerusi Facebook secara live. Seperti biasa beliau menggunakan peluang berkenaan untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan beliau turut mengulas mengenai video daripada Suara.TV yang memaparkan bagaimana Najib menggesa aktivis media sosial kerajaan supaya menggunakan pendekatan menyerang, tidak lagi bertahan.

Dengan kata lain apa sahaja yang dikatakan oleh Rafizi dan kawan-kawan pembangkangnya, harus dipatahkan dengan segera kerana ia hanya tohmahan liar dan sekadar putar belit pembangkang.

“Ingatlah bahawa pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu If you cannot convince them, confuse them.

“Taktik kotor mereka amat jelas, jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN,” kata Najib dalam ucapan beliau.

Tak sangka juga rupanya selama ini Rafizi turut melihat video Suara Tv. Terima kasihlah diucapkan kepadanya.

Mungkin beliau terkesan kerana ucapan Najib itu terkena atas batang hidung sendiri, maka Rafizi telah mengulangi skrip yang sama iaitu tuduhannya terhadap Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma sebanyak RM2.6 bilion.

Dalam isu derma itu, Rafizi berkata ramai yang tidak percaya bahawa sebenarnya sumbangan itu adalah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Peliknya semasa Raja Salman melawat Malaysia, tidak pula beliau bersuara mengenainya hatta dalam Facebooknya atau dalam mana-mana portal berita pembangkang.

Rafizi juga tidak meminta supaya diberikan peluang untuk bertemu dengan Raja Salman dan bertanyakan sendiri mengenai sumbangan berkenaan sebaliknya memilih untuk bercakap di belakang.

Begitu juga apabila Rafizi mengulas mengenai Najib menerusi rakaman video ucapan beliau melalui Suara.TV.

Rafizi berkata selama ini beliau menyangka kononnya Najib tidak mendengar mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau melibatkan isu-isu seperti Felda yang dibangkitkannya sebelum ini.

Sebenarnya Najib bukan tidak peduli sebaliknya beliau dah muak dengan fitnah yang dilemparkan. Daripada beliau sibuk melayan fitnah dan putar belit Rafizi itu, lebih baik Perdana Menteri menumpukan kepada usaha untuk membangunkan ekonomi negara.

Tiada gunanya melayan Rafizi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana