Maaf PPBM, PAS Tak Sudi...Habis PH akan Meroyan terutama sekali PKR

PAS akhirnya membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun sebelum ini kedua-dua pihak dikatakan berhasrat membentuk pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kata putus itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan PPBM sebagai parti tanpa hala tuju dan tidak tentu arah."Kita pun tidak tahu siapa pemimpin (PPBM), siapa imam dan siapa makmum kerana mereka berlumba-lumba untuk membuat kenyataan.

"Oleh itu kita memutuskan bahawa PAS tidak akan mempunyai hubungan dengan parti itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di sini pada Sabtu.
Sementara itu, mengulas tentang desakan PKR untuk memutuskan tahaluf siaysi dengan PAS, Abdul Hadi berkata:"Kita parti yang sabar. Kita tidak boleh layan parti yang tidak sabar."

Bagaimanapun mengulas sama ada peluang untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang mendapat sokongan Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Ulama PAS, Abdul Hadi berkata, beliau tidak boleh membuat ramalan tentang keputusan tersebut yang bergantung kepada Majlis Syura.

"Kita tidak boleh membuat ramalan dalam Islam walaupun ramalan itu tepat.
"Tetapi itu (tahaluf siyasi) akan dikaji dari masa ke semasa, jika bercanggah dengan syarat dan moral, maka tindakan lanjut akan dibuat," katanya,

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL