Tony Pua Dilarang Masuk Sabah...Padan Mukanya

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak dibenarkan memasuki Sabah.
Beliau dilarang memasuki negeri itu dan diarahkan mengambil penerbangan semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.45 tengah hari Jumaat.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata beliau tidak diberikan sebarang alasan mengenai larangan tersebut.

"Pegawai menghalang saya dari memasuki Sabah tanpa memberikan sebarang alasan, mereka hanya maklumkan ia adalah arahan daripada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang turut bersama Pua sehingga beliau menaiki penerbangan pulang kira-kira pukul 2 petang berkata arahan tersebut tidak wajar sambil menambah Pua merupakan wakil rakyat dan mempunyai hak demokratik untuk mengadakan lawatan ke negeri itu.
Beliau bagaimanapun berkata DAP Sabah menghormati hak Jabatan Imigresen negeri itu yang telah termaktub di dalam Perjanjian Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia 1963.
Pua sepatutnya menghadiri beberapa majlis termasuk merasmikan projek perairan Impian Sabah di Keningau, Tenom dan Sook selain forum pada Sabtu.

Beliau dijadualkan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 1 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana