PAS akan pastikan DAP dan sekutunya tidak kuasai Putrajaya

Dalam majlis Amanat Presiden kali pertama Jumaat malam -satu program yang ditiru daripada UMNO yang biasa mengadakan Taklimat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian PAS untuk menghalang DAP dan sekutunya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Program tertutup yang dihadiri semua 1,300 perwakilan PAS itu, Hadi berkata usaha tersebut penting bagi memastikan dominasi politik Islam dan Melayu akan terus diperkasa demi mengekang setiap risiko ancaman terhadap agama.

Menurut sumber, PAS dikatakan sudah mengenal pasti gerakan dan strategi bersifat menyeluruh untuk memastikan parti terus berpengaruh di negeri yang didominasi Melayu dengan meningkatkan penguasaan jumlah kerusi.

"PAS sedar ramai yang bertanya mengenai kesukaran PAS untuk menang jika bergerak sendiri atau berdepan pertembungan tiga penjuru....selain itu ada juga soalan ditanya mengenai kerusi mana PAS akan bertanding dan siapa pula yang akan bertanding.

"Setiap persoalan ini sudah dikaji dan hasil kajian itu akan diperhalusi untuk dilaksana selepas muktamar nanti," katanya merujuk ucapan Abdul Hadi.

Abdul Hadi pada masa sama turut menyentuh mengenai hubungan PAS bersama parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, dengan menyifatkan tindakan meninggalkan pakatan itu sebagai langkah terbaik selepas parti sering dilabel sebagai 'kuda tunggangan' oleh musuh politik dan mereka yang tidak menerima maklumat tepat.

Difahamkan, Presiden PAS itu turut memaklumkan kesediaan untuk menambah kuota calon bagi muslimat, selain memastikan 45 peratus calon untuk PRU-14 terdiri daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

Apa yang penting, Presiden PAS turut mengingatkan ahlinya supaya tidak cepat melatah dengan lontaran 'batu' pihak lawan yang dikhuatiri berisiko menggoyahkan proses tarbiah parti.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL