Jom Baca Ini !!!!! Mahathir Telah Bertemu Dengan Lawan Yang Lebih kuat DariNya

Saya mempunyai seorang rakan bukan islam yg menetap di London yang telah bertaruh dengan banyak bahawa Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akan disingkirkan dari pejabatnya menjelang September tahun 2015, iaitu hampir 2 tahun yang lalu.

Saya bertanya beliau mengapa begitu yakin yang perkara tersebut akan berlaku, dan beliau membalas, ia akan berlaku kerana Tun Dr Mahathir yang mengetuai gerakan tersebut, jadi Najib tidak akan terselamat.
“Baiklah, biar saya fahamkannya,” beritahu saya, “Najib akan ditendang keluar kerana Dr Mahathir mahu beliau disingkirkan dan sesiapa yang Dr Mahathir mahu tendang keluar, akan ditendang keluar.”

Beliau mengesahkan bahawa itu yang dipercayainya, jadi beliau telah bertaruh dengan beberapa orang bahawa Najib akan disingkirkan menjelang September.
Saya kemudiannya memberitahu beliau bahawa saya juga ingin bertaruh sebanyak £100 secara menyindir dan taruhan saya adalah Najib akan kekal menjadi Perdana Menteri sehingga Krismas dan seterusnya.

Saya telah berjumpa sekali lagi rakan saya itu pada Oktober 2015 dan bertanya sama ada beliau mahu bertaruh lagi, bahawa Najib akan menyambut Tahun Baru 2016 sebagai Perdana Menteri seterusnya kekal sehingga PRU akan datang (PRU 14), dan isterinya kemudian menyampuk dan berkata, “Cukup! Dia telah kalah begitu banyak wang.”

Apa yang rakan saya dan kebanyakan orang percaya bahawa tiada siapa dalam masa 50 tahun yang terselamat jika bersengketa dengan Dr Mahathir. Sekiranya Dr Mahathir mahu anda mati, anggaplah diri anda telah mati. Dan tiada sebab Najib berbeza dengan orang lain. Dr Mahathir mahu beliau disingkirkan, jadi anggap sahaja beliau tersingkir. Tiada cara lain lagi.

Sepanjang 2015 dan 2016, Dr Mahathir mungkin telah bertemu dengan ‘Waterloo’nya.
Dr Mahathir telah berkempen secara besar-besaran untuk mengulingkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen dan undi tidak percaya tersebut adalah melalui undian terhadap Bajet 2016.

Bagi menjayakannya, Dr Mahathir memerlukan kesemua 88 Ahli Parlimen daripada pembangkang dan 24 daripada Barisan Nasional untuk undi menentang Bajet.
Dan sekirnya 14 Ahli Parlimen PAS tidak menyertai kumpulan anti Bajet 2016, jadi mereka memerlukan 38 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional untuk mendapatkan angka 112.
Dr Mahathir sangat yakin bahawa beliau mendapat angka tersebut – dan bukan sahaja 112, mungkin 120 atau lebih.

Tetapi apa yang diperolehinya hanyalah 74, dengan 128 undi menyokong bajet dan selebihnya 20 ‘berkecuali’ (atau 19 berkecuali memandangkan Lim Kit Siang tidak boleh mengundi kerana digantung daripda Parlimen selama 6 bulan).

Selepas kegagalan itu kita mengambil masa cukup lama untuk mendengar komen daripada Dr. Mahathir.
Beliau mungkin masih lagi dalam proses untuk pulih daripada kejutan akibat kekalahan tersebut.

Beliau sangat pasti bahawa beliau dapat mengawal UMNO dan Barisan Nasional, ditambah pula dengan pihak pembangkang yang berada di belakang beliau, jadi beliau sepatutnya tidak gagal.
Tetapi beliau telah gagal dan ramai orang telah kehilangan wang atas pertaruhan yang beliau akan berjaya.

Dalam masa lebih daripada 50 tahun, Dr Mahathir tidak pernah gagal. Mungkin dalam dasar ekonominya beliau pernah gagal, apabila banyak ciptaannya yang telah hancur musnah (dan ada yang masih mengalami kemusnahan).
Tetapi apabila melibatkan politik, beliau sentiasa menang dan tiada siapa yang mampu bertahan dengan serangan Dr. Mahathir.

Najib, walau bagaimana pun telah berjaya mengatasi serangan demi serangan dan pemberontakan terakhir adalah ketika undian tolak budget 2016 yang sepatutnya menyingkirkan beliau keluar dari Putrajaya, adalah satu bencana yang epik buat Dr Mahathir, yang akan diingati selamanya dan akan menjadi satu kajian kes untuk pelajar Sains Politik untuk masa akan datang.

Saya menjangka anda akan dapat menulis keseluruhan tesis dan memperolehi PhD hanya dengan satu episod ini sahaja.
Mesejnya adalah jelas.

"Dr Mahathir tidak lagi mengawal UMNO dan Barisan Nasional sebagaimana yang dipercayai beliau".

Malah para penentang dalam UMNO yang kelihatan bersama beliau, tidak menyokongnya semalam. Mereka meninggalkan Dr Mahathir untuk ‘disembelih’ seorang diri, manakala mereka hanya berdiam diri.

Walau bagaimana pun, dapat dilihat bahawa Dr Mahathir telah muncul sebagai ketua pembangkang yang baru. 11 daripada 14 Ahli Parlimen PAS (dan bebas), seluruh pihak pembangkang telah melakukan apa yang Dr Mahathir mahu mereka lakukan.

Mereka telah mengundi menentang bajet 2016. Dan mengapa mereka berbuat demikian?
74 Ahli Parlimen Pembangkang mengundi menentang bajet bukan kerana mereka fikir bahawa bajet tersebut tidak bagus.
Malah PAS dan Ahli Parlimen Bebas berkata bahawa bajet tersebut tidaklah semuanya teruk. Ia hanya perlukan sedikit perubahan. Dan itu bukanlah alasan yang cukup untuk mengundi menentang bajet.

74 Ahli Parlimen Pembangkang mengundi menentang bajet kerana inilah yang Dr Mahathir mahu mereka lakukan. Jadi, undian tersebut bukanlah untuk negara mahupun rakyat, tetapi untuk menyokong Dr Mahathir.

Dr Mahathir telah mendorong mereka untuk mempercayai bahawa dengan mengundi menentang bajet, mereka dapat menggulingkan Perdana Menteri.

Kini pihak pembangkang perlu menjelaskan kepada rakyat sebab mereka mengundi menentang bajet. Dan sukar untuk mereka lakukannya kerana tiada sebab yang kukuh selain daripada Dr Mahathir yang menyuruh mereka melakukannya.

Jadi untuk siapa Ahli Parlimen pembangkang lakukannya, untuk rakyat ataupun Dr Mahathir?

Dr Mahathir telah mengetuai Ahli Parlimen pembangkang seperti "lembu dicucuk hidung" dan mereka membenarkan diri mereka ‘disembelih’ bersama tuan mereka, Dr Mahathir.

Jadi ini menunjukkan Ahli Parlimen pembangkang sebagai apa, lembu Dr Mahathir?

Bukankah Dr Mahathir yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai ‘herd mentality’ (mengikut pengaruh, secara berkumpulan)?
Dan Dr Mahathir telah membuktikannya ketika undian tolak budget dengan menjadikan Ahli Parlimen pembangkang sekumpulan lembunya, dengan beliau sebagai pengembala lembu.
Dan pengembala lembu hanya mempunyai satu objektif, iaitu untuk menyembelih lembunya apabila sudah tiba masa.

Ketika undian tolak budget 2016 mereka telah ditipu hidup-hidup, apabila didorong untuk mempercayai bahawa sekiranya mereka mengundi untuk menolak bajet, maka 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional akan menyertai mereka dan Najib tidak akan menyambut Krismas 2015 sebagai Perdana Menteri.

Inilah masalahnya dengan pihak pembangkang. Mereka tiada arah tuju dan pemimpin yang sebenarnya. Pihak pembangkang tidak pernah menjadi satu kuasa yang disegani.

Pada tahun 1990, nasib pembangkang kelihatan seperti akan berubah ketika Tengku Razaleigh Hamzah, bekas pemimpin UMNO mengetuai mereka. Mereka membentuk 3 pakatan (satu di Pantai Timur, satu di Pantai Barat, dan lagi satu di Sabah) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional, tetapi tidak pergi jauh selain daripada menguasai Kelantan.

Pada tahun 1999, pembangkang terikat dengan seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Anwar Ibrahim, tetapi masih gagal untuk menggulingkan UMNO dan Barisan Nasional.
Dan sekarang Anwar berada dalam penjara, mereka berpaut dengan seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Dr Mahathir.
Sejak 25 tahun yang lalu, pihak pembangkang telah bergantung dengan bekas pemimpin UMNO untuk mengetuai mereka.

Kini Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti cap Bunga boleh menawarkan perkhidmatannya sebagai pemimpin pembangkang yang baru untuk menggantikan Dr Mahathir, Anwar dan Tengku Razaleigh.Walau pun bagi penulis itu bakal mengundang gelak ketawa pemimpin pemimpin pembangkan serta kerajaan yg lain.

Malah parti cap Bunga sehingga kini berdepan laluan sukar . Selain tidak mendapat sambutan,
kehadiran cap Bunga juga telah dianggap musuh terutama oleh PKR khudusnya dari team Anwar ibrahim.

Namun penulis melihat walau pun DAP seperti teruja dengan kemunculan parti baru iaitu parti cap Bunga,
kehadiran parti cap bunga sebenarnya mempercepatkan lagi paku paku terakhir bagi keranda politik Pakatan Harapan..

Buat julung kalinya penulis bersetuju dengan kata kata Shafei Afdal yang berbunyi

"PRU 14
PAKATAN HARAPAN MEMANG TIADA HARAPAN" 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana