ULAMA PAS BIMBANG PARTI SOSIAL AMBIL ALIH KERAJAAN

Dewan Ulama PAS bimbang negara ini akan diteraju parti bertunjangkan sosialis jika kerajaan Persekutuan sedia ada dijatuhkan pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika parti berteraskan perjuangan sosialis itu berjaya membentuk kerajaan di negara ini, PAS memerlukan tempoh 60 tahun lagi untuk menjatuhkan kerajaan tersebut.

“Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis, kalau itu terjadi, PAS kena ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam.

“Tidak guna dapat jatuhkan kerajaan yang ada sekarang tetapi yang naik ialah kerajaan sosialis, saya harap saudara memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di sini hari ini.

Justeru Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan meminta ahli akar umbi PAS bersedia untuk berjuang bagi memastikan ajaran Islam dibudayakan dalam pemerintahan negara ini.

“Saya harap kita semua memahami tuntutan ini dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi cabaran untuk berjuang memastikan gerakan Islam berjaya di negara ini,” katanya.

Ahmad dalam pada itu turut menyatakan keperluan untuk Dewan Ulama memiliki kuasa yang kuat untuk membantu memberdayakan Pemuda dan Muslimat PAS, agar parti itu terus kukuh biarpun diserang bertalu-talu seteru politiknya.

“Ulama juga perlu menjadi ‘power jet’ untuk menggerakkan sayap kiri dan kanan PAS – sayap kanan pemuda dan sayap kiri muslimat.

“Sekiranya kita berjaya gerakkan agenda ini kita akan melakar kejayaan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14,” katanya. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana