LIM GUAN ENG TIDAK HORMATI PERAYAAN DEEPAVALI KATA DATUK HUAN CHENG GUAN.
TEKS UCAPAN LIM GUAN ENG TIDAK MENGHORMATI PERAYAAN DEEPAVALI. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah melampaui batas di dalam ucapan Deepavali mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Peluang yang ada untuk mengucapkan kesejahteraan kaum India dalam menyambut perayaan cahaya telah dicemari dengan kata-kata fitnah dan dipenuhi dengan propaganda kebencian.� Ucapan Lim yang mengandungi sejumlah 929 patah perkataan hanya menyebut tentang perayaan Deepavali pada 10 perkataan pertama sahaja yang kemudiannya diikuti dengan 919 patah perkataan lain yang membawa maksud politik semata-mata. Lim langsung tidak menghormati perayaan Deepavali yang berkisarkan tentang sambutan kedatangan permulaan yang baharu, kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan. Lim sebagai seorang Ketua Menteri perlu faham sentimen masyarakat India di negara kita yang mahu menyambut perayaan Deepavali dengan gembira, hati tenang dan ceria bersama keluarga dan sahabat....