Krisis Air Selangor: ‘Apa Nak Jadilah Dengan Kerajaan Selangor Ni Dulu Bukan Main Lagi KAta Kerajaaan Pusat Yang Punya...Kini?


Namun penulis tidak pasti sama ada pemain Selangor dan Kedah, jurulatih malah puluhan ribu The Red Giants dan Lang Merah selesa atau tidak ekoran masalah bekalan air di Selangor. Mandi atau tidak, kita tidak tahu, hanya mereka yang tahu azabnya bila bekalan air asyik terganggu sepanjang tahun.

Begitulah hasilnya bila terlalu asyik berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Kerjanya hanya menuding jari pada orang lain, salah sendiri tidak disebut. Boleh pula dia tuduh ada pihak sabotaj bekalan air di Selangor dan sekitar Lembah Klang?

Sekiranya diteliti, masalah air di Selangor bukan baru. Malah krisis air pernah berlaku di negeri berkenaan pada tahun 1995 dulu hingga menjelang millenium. Gara-gara krisis air yang berlaku ketika itulah Kerajaan BN ketika itu melaksanakan kajian secara menyeluruh dan terperinci bagi memastikan ia tidak berlaku lagi.

Kerajaan ketika itu tahu tentang kedudukan Selangor yang merupakan negeri termaju, termoden dan terkaya di Semenanjung Malaysia, ia memerlukan pelan strategik dan tidak berkompromi tentang soal keperluan dan kemudahan asas di negeri berkenaan.

Hasilnya, didapati bahawa Selangor memerlukan sumber air baru ekoran sumber-sumber air sedia ada yang serius tercemar, sederhana tercemar dan mula tercemar. Mudah kata, sumber air sedia ada di Selangor tidak dapat diharap untuk menampung keperluan bekalan air di negeri itu pada masa yang akan datang.

Kerana itulah lahirnya projek Langat 2. Sumber air terbaru Selangor itu datangnya dari Pahang dan dikenal pasti sebagai paling strategik dan sesuai oleh pakar-pakar industri air walaupun ada cadangan untuk dapatkan sumber air baru dari Perak. Ia mengambil kira dari pelbagai aspek, dan projek Langat 2 diluluskan.

Malangnya, entah perintah dari siapa, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada 2008, “sengaja” menghentikan projek Langat 2 dengan alasan berbaur politik, kononnya ia dianugerahkan kepada kroni pihak tertentu. Padahal, tender projek itu ditawar secara tender terbuka tanpa memihak sesiapa.

Ekoran kedegilan Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu, Langat 2 tergendala beberapa tahun dan lewat dibina berdasarkan jadual asal. Jika diteruskan, penulis optimis bahawa krisis air di Selangor tidaklah seruncing sekarang. Ramai rakyat Selangor yang marah khabarnya…

Kini, Dato’ Seri Azmin Ali berdolak-dalih lagi. Menuding jari kononnya air sungai di sana sini tercemar. Sudah dikatakan sebelum ini bahawa sumber air sedia ada yang selama ini membekalkan air ke Selangor banyak yang tercemar. Sudah diberitahu Selangor memerlukan sumber air baru. Kenapa mahu pusing sana-sini lagi?

Jadi, tunggulah projek Langat 2 sempurna sepenuhnya. Dalam masa yang sama, rawatlah sumber air sedia ada tanpa merungut atau menyalahkan orang di sana sini. Berhentilah berpolitik 24 jam. Bekerjalah untuk rakyat, bukan dera rakyat dengan masalah keperluan asas.

Pada penulis, adalah sangat memalukan bila Selangor, sebuah negeri yang selama ini dikenali sebagai paling maju dan moden mengalami krisis bekalan air. Perkara yang paling asas yang amat diperlukan rakyat, khususnya yang terlibat dalam sektor perindustrian di negeri itu.

Namun itulah hasilnya bila terlalu prejudis, tidak berpandangan jauh dan lebih memilih untuk berpolitik berbanding memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Bila rakyat marah, dia salahkan orang lain. Entah bilalah mereka akan ‘dewasa’. ‘Grow up, please’..!

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL