Tutup laluan ke Dataran Merdeka halang Bersih...Nak BErsihkan Apa Lagi....?

Inilah Banggangnya NGO BERSIH termasuk MADEY dan And The Gengnya yang semangat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh majoriti Rakyat.Ini BERSIH hanya nak tunjukkan kepada DUNIA bahawa Malaysia tak baik dari segi Demokrasi....PTuihhhh.

Pergerakan Pemuda UMNO menggesa supaya pihak polis menutup beberapa laluan sekitar pusat bandar raya untuk menyekat penyokong kumpulan Bersih mengadakan perarakan ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan haram, bulan depan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata lokasi Bersih berkumpul sebelum berarak ke Dataran Merdeka mungkin sudah dikenal pasti PDRM.

Katanya, PDRM wajar tidak meluluskan perhimpunan baju kuning bagi mengelak kejadian tidak diingini, selain disaran menutup laluan ke Dataran Merdeka.

“Kumpulan baju merah hanya mengadakan perhimpunan dan perarakan jika kumpulan baju kuning meneruskan perarakan dan perhimpunan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Retreat Pemuda UMNO di Kenyir Island Resort pada Sabtu.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar.

Mengenai kemungkinan ada ahli Pemuda menyertai perhimpunan kumpulan baju merah, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada tindakan akan dikenakan asalkan mereka tidak membuat hura-hara atau merosakkan harta benda awam.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment