KENAPA TIBA-TIBA PEMBANGKANG DIAM MENGENAI KRONI IPP?

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 28 Oktober 2016.

Pernahkah anda terfikir mengapa PAKATAN TIDAK LAGI BISING MENGENAI KRONI IPP? Mereka pernah membesar-besarkan isu itu sebelum ini tetapi kini tidak lagi. Mengapa?
Teruskan membaca:

Sebelum ini, Pakatan Rakyat yang telah terkubur itu berkata ia akan mencapai penjimatan tahunan sebanyak RM3.47 bilion dari pembayaran Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) jika pakatan itu mengambil alih Putrajaya pada PRU13 dengan mengurangkan jaminan pulangan Kadar Pulangan Dalaman kepada IPP dari 19% kepada 10%.

Masalah perjanjian berat sebelah IPP dengan kroni yang lalu menjadi isu besar kepada rakyat Malaysia selama bertahun-tahun di mana berpuluh-puluh bilion ringgit wang Rakyat (melalui TNB) dan wang Petronas dilencongkan ke kroni.

Akan tetapi pada tahun 2012, Kerajaan membuat tender terbukanya yang pertama untuk IPP dan bersama-sama dengan 1MDB yang membida harga yang paling rendah bagi setiap pembaharuan atau IPP baru dan memaksa pembida lain untuk menurunkan bidaan mereka secara mendadak, Kerajaan telah melakukan lebih baik daripada apa yang Pakatan janjikan!

Maybank mengisytiharkan bahawa era perjanjian ‘istimewa’ untuk IPP telah tamat dan bahawa IRR untuk IPP kini di antara 5% -6% – jauh lebih rendah daripada sebelumnya iaitu pada 19% dan lebih rendah daripada 10% yang dijanjikan oleh Pakatan. Oleh itu, penjimatan dalam setahun kepada TNB adalah lebih besar daripada apa yang dijanjikan Pakatan.

Tarif yang berbeza walau satu sen pun adalah satu perbezaan yang besar dalam tempoh konsesi selama 20 tahun, untuk satu loji IPP perbezaan walau satu sen pun boleh mengurangkan kos tarif sebanyak RM2.9 bilion.

Itulah sebabnya mengapa anda boleh lihat dari carta, keuntungan TNB kini telah bertambah baik dengan ketara – berubah dari kerugian kepada meraih keuntungan dan Kerajaan tidak lagi perlu membayar pampasan kepada TNB secara berkala, yang mana telah Kerajaan lakukan pada tahun 2012 sebanyak RM2.2 bilion.

Sejak Khazanah, PNB, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain dan sebahagian besar dana bersama mempunyai saham dalam TNB, keuntungan yang bertambah baik itu secara langsung diterjemahkan kepada wang dalam poket untuk Rakyat – bukan kepada kroni pemilik IPP.

Tetapi Pakatan juga terlepas sebahagian daripada ceritanya. Mereka terlupa bahawa berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang mana Petronas terpaksa beri kepada IPP untuk mengekalkan kadar yang lebih rendah untuk TNB.

Harga gas yang telah disubsidi (RM/mmBtu) untuk penjanaan elektrik dari Petronas naik dari RM6.40 pada tahun 2008 kepada RM18.20 pada tahun 2016, peningkatan sebanyak 3 kali ganda. Harga pasaran kebanyakannya berada di atas RM40 ketika itu.

Penjimatan dari perjanjian IPP yang lebih baik telah pergi kepada pengurangan subsidi gas dan peningkatan pendapatan gas (dalam berbilion-bilion ringgit setahun) untuk Petronas tanpa peningkatan yang sama tinggi dalam harga elektrik pada tahun 2011 dan 2014 – walaupun TNB mengaut keuntungan yang lebih besar dan Petronas jimat berbilion-bilion setiap tahun .
Tidak syak lagi bahawa 1MDB telah membantu menggoncangkan industri IPP dengan bidaan agresifnya dalam tender terbuka pertama untuk PPA pada tahun 2012 dan juga bidaan IPP yang berikutnya di mana 1MDB sentiasa merupakan pembida berkelayakan yang paling rendah bagi setiap projek IPP yang ia sertai.

Penjimatan daripada membayar IPP yang sebelum ini sangat lumayan itu kemudiannya disalurkan ke dalam pendapatan yang lebih tinggi bagi Petronas, TNB dan akhirnya kepada kerajaan dan Rakyat dan bukannya untuk keuntungan pemilik persendirian IPP.

Dan ini adalah sama untuk IPP yang sebelum ini dimiliki oleh kroni (dengan perjanjian berat sebelah dan subsidi gas yang tinggi) dan kini dijual kepada China (tanpa perjanjian berat sebelah dan subsidi gas yang lebih rendah).

Tarif ‘Life-Line’ bagi pengguna yang menggunakan sehingga 200 kWj/bulan yang melibatkan 70% daripada isi rumah tidak berubah sejak tahun 1997. Ia juga adalah bebas GST.
Sebarang perubahan pada bil elektrik anda mungkin disebabkan oleh anda menggunakan lebih banyak tenaga elektrik berbanding sebelum ini.

Dari tahun 2010 dan seterusnya, isi rumah dengan bil elektrik di bawah RM20 tidak lagi perlu membayar satu sen pun. Manfaat ini masih berterusan.
Jadi jangan katakan bahawa 1MDB atau Kerajaan tidak berbuat apa-apa yang baik kerana berpuluh-puluh bilion yang sepatutnya pergi kepada kroni IPP SETIAP tahun sekarang ini pergi ke Kerajaan dan kepada rakyat – ini berjumlah beratus-ratus bilion ringgit dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.


Berikut adalah kajian kes untuk YTL mengenai jumlah wang yang dijamin yang IPP pernah peroleh pada masa lalu setiap tahun di bawah perjanjian yang berat sebelah:

https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1745928368959283:0
Analisis Maybank pada tahun 2012: http://klse.i3investor.com/blogs/kltrader/18923.jsp

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL