KERAJAAN PERHEBATKAN SERANGAN LAWAN FITNAH PEMBANGKANG

Kerajaan akan memperhebatkan program penjelasan isu-isu semasa kepada rakyat, khususnya bagi menangkis fitnah keterlaluan yang disebar pihak tidak bertanggungjawab termasuk kononnya negara ini akan bankrap.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihak terbabit menabur fitnah menakut-nakutkan rakyat supaya berlaku keadaan huru-hara dalam negara.



“Adalah fitnah mengatakan kita (Malaysia) nak bankrap, bankrap bermakna antaranya kita (kerajaan) tidak boleh bayar gaji (kepada kakitangan), kita berhenti (anggota) tentera dan polis tak ada kerja, tidak ada duit untuk isi minyak kenderaan, tidak boleh bayar tuntutan.



“Kita mempunyai aset-aset dan harta yang lebih daripada mencukupi untuk memenuhi segala tuntutan dan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kelab Sahabat N87 Negeri Kelantan di sini, Sabtu.



Mustapa berkata, Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, diterima baik oleh rakyat kerana mereka mendapat pembelaan daripada kerajaan namun ada pihak-pihak tertentu menabur fitnah supaya rakyat membenci kerajaan.



Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, jentera penerangan parti itu akan digerakkan ke seluruh negeri ini bagi memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa.



Mengenai penubuhan Kelab Sahabat N87 Negeri Kelantan yang anggotanya daripada kalangan veteran UMNO, Mustapa berharap anggota kelab dapat berjuang mempertahankan institusi presiden parti, mempertahankan UMNO supaya terus berkuasa dan mengekalkan perpaduan orang Melayu.



Turut hadir Pengerusi Kelab Sahabat N87 Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Kelantan Datuk Kamaruddin Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana