"Saya Hanya Ahli Biasa" - Khairuddin...Bunyi Macam Orang Yang Kecewa Ajer kikikiki

PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yakin tindakannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan memberi kesan buruk kepada parti itu.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, hal itu kerana kehadirannya dalam parti itu sejak bulan lalu hanya sebagai ahli biasa.

"Saya bukan tokoh pemimpin parti Bersatu! Saya hanya ahli biasa!," katanya menerusi kenyataan lewat malam Sabtu.

Bagaimanapun Khairuddin percaya PPBM akan kuat dan popular tanpa dirinya yang meninggalkan Bersatu untuk memberi tumpuan kepada agenda melalui saluran undang-undang.

"Generasi muda dan rakyat atas pagar tetap memilih PPBM sebagai platform baru perjuangan menentang pemimpin korup," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan beliau keluar daripada kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap masa depan parti itu.

Pada masa sama, Khairuddin berkata beliau tetap akan membantu kempen PPBM untuk menambah keahlian parti itu.

"Saya juga akan tetap membantu parti ini dari luar demi wadah perjuangan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional. Hakikatnya, saya tidak akan tinggal parti ini secara total," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Dr Mahathir merupakan segala-galanya bagi diri beliau.

"Tiada siapa yang boleh pisahkan saya dengan Dr Mahathir Mohamad kecuali Allah SWT!

"Selagi hayat dikandung badan, maka selagi itulah saya akan menyokong Dr Mahathir," katanya.

Terdahulu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Khairuddin yang merupakan orang kuat Dr Mahathir sudah pasti akan kekal dalam parti itu jika beliau yakin parti tersebut mampu menjatuhkan Umno.

"Khairuddin merupakan antara orang terpenting dalam peringkat awal penubuhan PPBM, (beliau) paling ke hadapan dan dari mula terlibat dengan Tun M (Mahathir), deklarasi rakyat dan kumpulan penjana untuk tubuhkan parti," katanya.

Pada Khamis, Khairuddin mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM berkuat kuasa serta-merta dengan alasan 'pemergiannya' adalah untuk membolehkannya memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan melawan segala korupsi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL