Tidak Hairan ‘Bersatu’ Tak Mampu ‘Tidak Bersatu’
Sejak akhir-akhir ini, kerap pula kedengaran tentang beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mendakwa keluar parti. Tidak tahulah benar atau tidak, kerana ada yang mendakwa ada di kalangan mereka yang sebenarnya tidak pernah pun menyertai parti itu.
Namun begitu, ada yang mendakwa pernah isi borang PPBM namun bertindak keluar dari parti baru itu akibat hilang kepercayaan pada pimpinan tertinggi parti. Itu yang kita dengar melalui media. Yang kita tak dengar cerita khabarnya ramai lagi yang keluar parti?
Jika diteliti dari pelbagai sumber, kita akan dapat melihat dengan mudah tentang parti yang kononnya ‘bersatu’ itu sebenarnya tidak bersatu pun seperti yang dilaung. Nampak saja tenang konon ‘tidak bergolak’, tapi hati perut ‘merodak-rodak’ siapa yang tahu, bukan?
Dari dulu lagi jika kita kenal pasti mereka-mereka yang menyertai PPBM merupakan golongan yang sering memberi masalah kepada parti, khususnya berhubung ‘attitude’ mereka yang kononnya mereka sajalah yang ‘betul-betul belaka’ dan orang lain semuanya ‘salah-salah belaka’.
Mereka-mereka ini bukan saja bersikap radikal terhadap orang lain, namun sikap individualistik dan kegagalan memahami erti demokrasi serta konsep berjemaah dalam Islam menjadikan ramai yang tidak menyenangi sikap mereka.
Bila mereka keluar dari parti beramai-ramai dan menyertai PPBM, ramai di kalangan ahli UMNO yang menarik nafas lega. Bagaikan hilang ‘bala’ yang selama ini ditanggung secara berjemaah. Ia bagaikan senario Mat Sabu dan konco-konconya keluar meninggalkan PAS, ramai yang bertakbir gembira!
Justeru itu, bila mereka buat perangai dalam parti baru berkenaan, maka penulis tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Memang itu perangai mereka. Kononnya mereka berprinsip. Tapi mereka tidak sedar bahawa prinsip individualistik tidak semestinya sesuai untuk diimplementasi di dalam konsep berjemaah yang mengamalkan demokrasi. Yang itu mereka tidak faham.
Biar apapun yang berlaku dalam parti ‘cap bunga raya’ sekarang, penulis tidak hairan. Walau sembangnya setinggi langit mahu menggapai awan, berkira-kira mencongak diri ‘apakah aku akan terpilih menjadi Perdana Menteri’, ia hanya retorik politik semata-mata.
Realitinya, penulis yakin Pakatan Harapan tidak akan sesekali membiarkan parti ‘cap bunga’ jadi Perdana Menteri. Selagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim hidup, jangan harapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Dato’ Seri Mukhriz Mahathir akan berpeluang jadi Perdana Menteri. Jangan berangan!
Apa sebabnya? Sila tanya DAP, PKR dan PAN. Tidak perlu diulas perkara itu. Pakatan Harapan sendiri ada jawapannya. Tanya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah dan tanyalah Anwar sendiri. Sanggup Mahathir ‘jilat kahaknya’ di wajah Anwar?
Jadi, biar berdentum guruh di langit, bumi takkan hancur sebelum kiamat. Biar kecoh di Facebook dan media sosial, realitinya pengundi tidak akan rela melihat Malaysia jatuh ke tangan pihak yang tidak stabil dan amat diragui kemampuannya.
Penulis mencadangkan supaya PPBM bermuhasabah diri. Belajar kenali kemampuan diri secara realistik dan buanglah sikap berangan-angan dengan media maya yang tidak menjanjikan apa-apa. Jadi tidaklah nanti kecewa macam kalah rebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu, kan? Bunyi saja kuat di Facebook, masuk gelanggang terkejut beruk dapat nombor 3…

Comments