Mahathir Mula Kitar Semula Fitnah Terhadap Najib

PERMAINAN persepsi satu-satunya cara yang ada untuk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk mengulingkan beliau dari jawatan tersebut.
Malah Mahathir melabelkan wakil rakyat Barisan Nasional sebagai hipokrit kerana terus menyokong Perdana Menteri atas alasan bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah.
Nampaknya kenyataan tersebut berjaya mencetuskan kemarahan Mahathir sehingga beliau membalas kononnya parti-parti komponen BN, termasuk Umno, MCA dan lain-lain tahu bahawa Najib tidak boleh disabitkan dengan sebarang jenayah kerana usaha telah dibuat untuk memastikan dakwaan salah lakunya tidak akan dibawa ke mahkamah.
Apabila Mahathir tersepit maka beliau akan cenderung memfitnah dan memberi kenyataan sinis bagi menjaga ego melampau beliau.
Semua pihak tahu bahawa segala tuduhan palsu yang dilemparkan oleh Mahathir bersama-sama dengan pemimpin kanan pembangkang yang lain gagal, lantaran kebenaran dapat dibuktikan satu persatu dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.
Selain daripada itu juga, penangkapan warga Switzerland, Xavier Andre Justo oleh Polis Thailand turut membongkar gerakan mengulingkan kerajaan dengan menggunakan bukti palsu di mana dokumen penting telah diubah untuk meletakan kesalahan tersebut di atas bahu Perdana Menteri.
Beliau merupakan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan didakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan. Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.
Tindakan Mahathir yang turut menuduh pihak pendakwa raya menyembunyi laporan-laporan supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib perlu diambil tindakan. Malah Mahathir turut mendakwa pendakwa raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserahkan kepadanya.
Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa Mahathir sudah kekeringan bahan untuk digunakan bagi menyerang Perdana Menteri. Oleh itu, beliau mengitar semula fitnah dalam usaha menyebarkan persepsi buruk berkenaan Datuk Seri Najib.
Ya, memang Mahathir telah sangat tua, namun itu tidak bermakna beliau boleh terlepas dari hukaman undang-undang. Kami mendesak pihak yang bertanggungjawab dapat memastikan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan harus bertanggung jawab dalam segala tindak tanduk mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana