Mereka Fikir PAS Masih Bodoh Untuk Diperbodohkan?

Bila PAS mengatakan bahawa parti itu mengejar redha Allah dan bukan kuasa politik dalam perjuangan mereka, ramai ‘macai-macai’ yang beragama Islam dan berbangsa Melayu menyindir sinis kenyataan tersebut.

Ada yang menyindir suruh PAS bubarkan parti dan tubuhkan NGO. Ada yang menuduh PAS ‘makan dedak’. Ada yang mengutuk PAS kononnya terlalu naif dan ‘buta’ politik. Malah ada yang menghina PAS dengan pelbagai kata-kata nista yang tidak sedap didengar.

Bagi mereka yang tidak mengenali PAS yang tulen, penulis yakin mereka akan menyindir dan memaki hamun parti itu. Layaknya mereka bagaikan lebih memahami politik berbanding PAS yang sudah lama wujud di negara ini.

Namun bagi mereka yang mengenali PAS yang tulen, perjuangan mereka memang bukan untuk kuasa atau jawatan. Memang benar, perjuangan mereka adalah redha Allah. Kerana itulah mereka tidak kisah sama ada kalah atau menang dalam pilihan raya.

PAS sebenar yang penulis kenali dulu merupakan sebuah parti politik yang menjadi ‘check and balance’ di dalam sistem demokrasi berperlembagaan di negara kita. Mereka menjadi kumpulan pendesak bagi kepentingan agama Islam.

PAS tidak pernah takut kalah pilihan raya. Bagi mereka, bertanding pilihan raya adalah satu usaha ke arah politik Islam. Mereka tidak berkuasa untuk menentukan kalah atau menang. Itu kerja Allah SWT. Sekurang-kurangnya, mereka telah berusaha membawa suara Islam di dalam Dewan Rakyat.

Maka kerana itulah PAS tidak peduli sama ada berlaku pertandingan 3 penjuru atau 30 penjuru pada PRU ke-14 nanti. Mahu Mahathir pujuk PAS? PAS bukan ‘buta’ untuk menurut kehendak Mahathir. PAS pun tahu apa tujuan sebenar yang tersirat di sebalik pujuk rayu Mahathir dan susah payah dia mahu jatuhkan Najib. Tidak perlu temberang PAS.

PAS bukan bodoh. Mereka pun tahu bahawa jika bekerjasama dengan Mahathir dan Pakatan ‘Haraman’, mereka mungkin berpeluang jadi menteri kabinet dan menteri besar. Tapi mereka fikir PAS ‘kebulur’ mahukan kuasa da jawatan? PAS tidak bodoh untuk jadi ‘gila kuasa’ dan jawatan seperti mereka.

Harus difahami bahawa PAS mendokong hukum-hakam Islam. Misalnya, hudud. Benar hukuman bagi berzina itu rejam sampai mati. Tapi adakah kita fikir mudah sangat untuk menghukum seseorang itu berzina? Tuduh saja berzina, maka yang tertuduh akan direjam?

Jadi, apabila Mahathir tuduh itu dan ini pada Perdana Menteri, apakah mereka fikir PAS akan terus percaya dan mahu beliau dihukum? PAS sudah serik diperbodohkan begitu dulu. Atas kekesalan ‘pernah diperbodohkan’ itulah maka mungkin PAS tidak yakin pada perjuangan Mahathir. Nampak?

Jadi, berilah peluang pada PAS memperbetulkan diri mereka. Dari menjadi sebuah parti yang ‘sihat’, mereka telah dijangkiti ‘virus’ yang menyebabkan mereka menjadi pembangkang yang ‘tidak sihat’. Sekarang mereka sudah ke ‘klinik’, berilah ruang pada mereka untuk kembali menjadi pembangkang yang ‘sihat’.

Namun begitu, jika PAS goyah prinsipnya kali ini, mungkin mereka akan ‘dijangkiti virus’ semula. Bukan apa, masih ada lagi saki baki ‘virus harum manis’ di dalam parti itu. Jika tidak ambil peduli dan diletak ubat, mungkin akan merebak semula ‘nanah’ itu. Hati-hati…
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment