Pembangkang Desak Dedah Ketenteraan, Mungkinkah Ada Kaitan Soros Lobi Jatuhkan Malaysia

Berbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memastikan negara Malaysia menghadapi tekanan dari pelbagai pihak termasuk bersekongkol dengan  negara asing di luar negara. Pelbagai fitnah dan maklumat salah disebarkan untuk menimbulkan ketidakyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Usaha yang dilakukan secara berterusan ini  tidak terhenti disini sahaja,  pihak yang  berniat jahat terhadap Malaysia terus sehingga hari ini  menyebarkan  persepsi buruk tentang negara. Perkara sedemikian telah lama berlaku demi kesinambungan agenda politik dan kuasa.

Manusia-manusia begini tidak pernah mahu memikirkan kepentingan negara. Apa yang penting kepada mereka ialah mencapai agenda tersendiri. Soal buruk baiknya kepada rakyat dan negara diletakkan  pada tahap yang tidak penting.

Bukan itu sahaja ada diantara rakyat Malaysia yang bertindak menjual maklumat kepada negara luar. Semua ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan kewangan dengan cara mudah. Musuh Malaysia yang ingin menguasai negara ini amat memerlukan maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia untuk meranapkan  pemerintahan yang ada sekarang.

Perbuatan rakyat yang menjadi dalang menjual maklumat kepada pihak luar adalah melampau dan perlu dihukum dengan tegas. Ini merupakan satu kesalahan yang dianggap satu pengkhianatan terhadap negara dan bersekongkol dalam usaha  membenarkan kuasa asing menjajah negara .

Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia  mempunyai undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi. Ini menampakkan bahawa mereka akan menggunakan landasan apa sahaja untuk mencemarkan nama baik negara Malaysia. Tindak-tanduk mereka adalah  demi kepentingan politik semata-mata.

Kadang kala kita melihat bagaimana sebilangan pemimpin parti politik haluan kiri dalam negara ini  bertindak mendesak kerajaan agar memberikan perincian  aset ketenteraan  untuk didedahkan kepada umum.

Tindakan mereka ini  tidak lebih kepada membuka  kekuatan  ketenteraan negara agar ianya mudah dieksploitasikan oleh  musuh negara dan memberikan jalan mudah untuk melakukan  serangan jika tiba pada masanya.

Perbuatan mereka ini tak ubah seperti  pengkhianatan dalam  politik dan negara. Tindakan mereka ini juga secara langsung dilihat mempunyai hubungan agenda sulit yang boleh mengancam keselamatan negara.

Mereka dikalangan ahli politik yang membangkitkan isu tersebut sanggup menjadi alat orang luar untuk memecah belahkan perpaduan rakyat malah perbuatan berkenaan amat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjejaskan keselamatan negara.

Baru-baru ini terdapat pendedahan yang telah dibuat oleh Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang telah dikeluarkan oleh  Malaysiakini.

Dakwa portal itu, kempen itu dikesan melalui pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon (yayasan milik penyangak matawang Yahudi, George Soros) dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.

Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk “menjarakkan diri” daripada Najib.

Sebagai peringatan , rakyat Malaysia seharusnya memikirkan kepentingan negara dahulu sebelum bertindak untuk bersekongkol dengan agenda asing untuk menghancurkan negara ini atas kepentingan politik.

Jangan nanti, kekesalan yang tidak berkesudahan sebagaimana yang dialami oleh rakyat  Libya yang telah terpengaruh dengan hasutan barat yang menjanjikan “syurga” kebebasan segalanya, namun akhirnya tersungkur dibumi sendiri  dengan penderitaan yang berpanjangan.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL