Tindakan Macai Mahathir Keluar PPBM Penghinaan Kepada Muhyiddin

Bukan hanya sekali Khairuddin Abu Hassan, macai paling setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan tindakan yang menghina dan mempertikai kewibawaan dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia sudah berkali-kali dilakukannya secara terbuka dan tindakan Khairuddin semalam yang secara rasmi mengisytiharkan keluar dari parti pimpinan Muhyiddin membuktikan banyak perkara yang tidak kena sedang berlaku dalam parti berkenaan.

Ada krisis keyakinan. Ada pertikaian sedang mencabar kepimpinan Muhyiddin. PPBM yang mahu dikenali sebagai ‘Bersatu’ sedang berpuak-puak dan Muhyiddin tak berupaya menyatukan mereka kerana Muhyiddin bukan orangnya yang mereka mahu iktiraf sebagai ketua.

Pada Ogos lalu, Khairuddin buat pertama kali tanpa memikirkan sensitiviti Muhyiddin mengumumkan tidak akan menyertai parti itu pada hari di mana bekas Timbalan Perdana Menteri dari Pagoh itu mahu menghantar pendaftaran parti.

Sedangkan sebelum itu Khairuddin sendiri menjadi orang pertama menguar-uarkan parti baru akan ditubuhkan untuk menentang UMNO dan BN namun disebabkan Muhyiddin yang jadi Presidennya maka Khairuddin juga yang jadi orang pertama umum tidak menyertainya.

Tidak berhenti di situ, keesokan harinya Khairuddin sekali lagi mencalar imej Muhyiddin apabila berkata hanya akan menyertai PPBM sekiranya parti itu diketuai Dr Mahathir sebagai Presiden.

Dua hari berturut-turut Khairuddin mencalar kewibawaan pimpinan Muhyiddin, jika Khairuddin itu totok UMNO kita tak pelik tapi yang jelas nyata dulu sampai sekarang Khairuddin adalah macai setia kepada Dr Mahathir.

Tak cukup dengan tindakan tersebut, Khairuddin tambah lagi ragam menunjukkan protes pada kepimpinan Muhyiddin apabila tersebar khabar dia lebih rela menyertai DAP atau PKR dari bersama PPBM yang diketuai Muhyiddin.

Kini dalam keadaan ramai pemerhati politik terpinga-pinga tidak ketahuan sejak bila pula Khairuddin menjadi ahli parti PPBM kerana tiada pengumuman dan tiada sidang media mengenainya, tiba-tiba semalam dia umum keluar dari PPBM.

Ketika nak masuk PPBM dia tak umum apa-apa mungkin rasa malu kerana sebelumnya dah bertekad tidak akan sertai parti tersebut, tapi bila dia nak keluar parti tiba-tiba sahaja diumum seluas-luasnya kepada media seperti sengaja nak menjatuhkan air muka Presiden PPBM.

Demikian sekali hinanya batang tubuh bernama Muhyiddin di mata Khairuddin. Tak mustahil selagi bukan Dr Mahathir atau keturunannya yang menjadi Presiden parti selagi itu akan ada sahaja usaha mempertikai dan merendahkan kepimpinan Muhyiddin.

Semasa dalam UMNO, Khairuddin mengikut telunjuk Dr Mahathir dengan memprotes kepimpinan DS Najib tapi bila suku sakat penyokong Muhyiddin ‘bersatu’ dengan Dr Mahathir menubuhkan parti sendiri, Khairuddin kembali sibuk memprotes kepimpinan Muhyiddin pula.

Sudah tentu Khairuddin tidak keseorangan, macai setia totok pekat seperti Khairuddin tidak berani bertindak sebarangan tanpa restu tuannya. Dr Mahathir boleh berdalih dia tidak tahu menahu, tapi umum tahu hakikat hubungan mereka.

Baru nak masuk bulan kedua PPBM ditubuhkan tapi macai pekat Dr Mahathir dah berkali-kali umum hilang keyakinan pada kepimpinan Muhyiddin, ini gayanya jangan kata berangan nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Presiden parti selama sekurang-kurangnya dua tahun pun malap dah harapan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL