SYABAS PM KITA!!!!! PERUNTUKAN BESAR INI BUKTI KERAJAAN JAGA AGAMA ISLAM…

Peruntukan besar untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Bajet 2017 merupakan terjemahan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan menjaga agama Islam di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Islam sebagai agama yang progresif perlu dijaga, disuburkan dan dimajukan seterusnya dijadikan suatu cara hidup lengkap untuk masyarakat di negara ini, namun dalam masa yang sama tidak mengetepikan agama lain.

“Kita cari jalan maju ke hadapan dalam majukan Islam tetapi agama lain perlu kita hormati, dalam usaha supaya agama kita dihormati kita perlu menghormati agama yang lain.

“Tetapi dalam masa sama, saya risau jika umat Islam tidak bersatu bagai buih di lautan, (Islam) akan hilang akibat ombak melanda, perbezaan pendapat dibolehkan tetapi ada tertibnya, hormat pendapat orang lain, amalkan lemah lembut dan bijaksana walau berbeza pendapat,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Hafaz Aqso, Tingkatan 5 dan Program Khas Asasi Ulul Albab 2016 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah di sini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob yang menyaksikan kumpulan pertama sekolah itu seramai 62 pelajar menerima sijil graduasi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana