PKR MULA BUDAYAKAN FITNAH DALAM POLITIKNYA – ORANG KUAT ANWAR

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini membudayakan ‘Fitnah’ dalam berpolitik.

Menurut beliau dalam muatnaik penulisannya di blog miliknya, beliau berkata fitnah ini akan menjadi budaya politik PKR selepas ini.

“Watak ini semalam secara terang memfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh dengan selak kain dengan kawan-kawan Umno tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan ‘standard’ saya.

“Sangat kesal kerana ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini,” katanya dalam blog miliknya.

Dalam tulisannya lagi, beliau turut menasihati pimpinan tertinggi PKR, Wan Azizah dan Nurul Izzah bahawa berhati-hati dalam perjuangan politik mereka kerana mendakwa ‘macai’ Mahathir kini dalam usaha untuk merosakkan PKR.

“Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lagi yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk pelahan – lahan menghalau kamu – kamu dari rumah perjuangan itu,” ujarnya.

CheguBard juga menyatakan kekesalan nasib penyokong PKR yang sekian lama berjuang untuk parti itu namun kini tidak lagi dipedulikan.

“Simpati saya pada pejuang PKR yang bekorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak kini diraikan.

“Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang saya pernah duduk dalam ‘kelambu’ itu dan jangan seret bermain secara kasar,” katanya mengakhiri tulisan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL