Posts

Showing posts from October, 2017

AKTIVIS PKR KELIRU TENTANG ISU PTPTN...APA HAL BISING BISING?

Image
Aktivis pelajar Adam Adly masih tidak puas hati dengan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN seperti yang diumumkan PM Najib Razak dalam Bajet 2018 dan meminta pendidikan percuma dilaksanakan. Tetapi Adam yang pro-Pakatan hanya tahu meminta tetapi tidak pula memberi mekanisma bagaimana pendidikan percuma boleh dibiayai dan dilaksanakan. Dia juga patut bertanya kepada Top Dog Pakatan Tun M, mengapa pembangkang tidak jadi memansuhkan PTPTN dalam Bajet Alternatif mereka. Dia sepatutnya mengkritik Pakatan kerana telah buat “U turn”, memandangkan mereka beriya-iya mahu mansuhkan PTPTN dalam Bajet Alternatif tahun lepas. Jika Adam buat sedikit kajian, dia akan tahu kos pendidikan di Malaysia sebenarnya hampir percuma kerana pelajar disediakan bantuan kewangan seperti PTPTN, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan yayasan negeri. Kerajaan juga menanggung 90% yuran pengajian di IPTA sekaligus menjadikan yuran di IPTA terendah di rantau ini. Rakyat sudah jemu dengan sikap Adam Adly ...

22 Tahun Ada Pernah Hapuskan TOLL....Sekarang Jadi Pembangkang Baru Nak Hapuskan Toll?

Image
22 Tahun Beliau tak rasa nak mansuhkan TOL, malah membina sebanyak TOL yang boleh, tiba2 pula sekarang kata nak mansuhkan TOL...? Kenapa... Sebab tengok DS Najib mampu mansuhkan TOL batu3 dan Sg Rasau yang beliau bina dulu dalam #Bajet2018... Memang tidak masuk AKAL...itu semua tipu helah semata mata. Dr Madey makin kuat NYANYOK nya...

Kasthuri Patto Fitnah Kerajaan Isu Logo BN Dalam Dewan Rakyat

Image
Seorang Ahli Parlimen DAP  Kasthuri Patto pada Jumaat lalu cuba bermain persepsi jahat terhadap Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN) apabila memuatnaik sekeping gambar di laman facebooknya. Gambar tersebut merakamkan bendera/logo BN berada dalam Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan Bajet 2018 dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Sri Najib Tun Razak. Posting di facebook dipercayai miliknya yang bernama Kasthuri Patto itu cuba bermain persepsi kononnya ada pihak yang mungkin telah melakukan tindakan tidak wajar tersebut, memetik laporan portal TV14.my. Menurut laporan portal pro pembangkang Malaysiakini, dia yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan memohon pihak bertanggungjawab untuk menyiasat perkara berkenaan. “Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini? “Saya memohon budi bicara agar siasatan...

RAKYAT ‘LETIH’ KALAU MAHATHIR & DAP KUASAI KERAJAAN, SOMBONG, BUKAN NAK DENGAR KATA!!

Image
INSIDEN tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di Pulau Pinang beberapa minggu sudah, memperlihatkan betapa sombong dan bongkaknya kerajaan negeri yang diketuai DAP ni.  Rakyat tak boleh nak komen langsung dalam isu tersebut, semua di balas dengan kecaman dan penghinaan oleh pemimpin kerajaa negeri. Kebebasan bersuara apa taik macam ini? Yang dia kalau berlaku bencana di tempat lain terutama yang diperintah BN dan PAS, semua orang dimintaknya letak jawatan atau dikecam macam-macam, tak apa pulak?  Walaupun nampak bodoh dan tidak ada kena mengena, tak siapa pun kecam balik atau suruh tubuh parti politik baru. Ini bukan kejadian kali pertama, sebelum ini pun bila berlaku kejadian banjir, yang salah semua orang (dan Tuhan) yang tak salah hanya DAP seorang.  Sekali pandang dah macam satu persatuan bola pulak, orang complaint, kena kecam balik, nasib tak baik, tidur lokap – dalam kes DAP, disaman. Letih rakyat kalau puak-puak ini menguasai kerajaan persekutuan. B...

Kenyataan Muhyiddin untuk memperbodohkan orang Melayu

Image
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO ketakutan sehingga membentang bajet yang disifatkannya sebagai populis hanyalah percubaan Presiden PPBM itu untuk memperbodohkan orang Melayu dan rakyat majmuk. Apatah lagi apabila Ahli Parlimen Pagoh itu tanpa segan silu, mengatakan orang Melayu sekarang ramai menyokong PPBM dan sekaligus kepada Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang, terutama PPBM usahlah bertindak yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. “ Ini semuanya dek dendam kesumat, marah, geram dan sakit hati yang tiada penghujung. Mereka terlalu sangat ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati,” katanya dalam kenyataan, Ahad. Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin itu, beliau berkata, rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu, dalam sejarah amat arif dan bijaksana dalam adat berpolitik. “Orang kita umpama jauhari yang mengenal manikam. Orang Melayu sedar PPBM di bawah PH adalah kumpulan yang dikuasai D...

DR M KENA BERTANGGUNGJAWAB KES PENAHANAN OPERASI LALANG...PADAN MUKA MADEY

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapannya 30 tahun lalu yang menyebabkan 106 orang hidup dalam penderitaan kerana ditahan tanpa bicara dalam Operasi Lalang. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy mendakwa sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir berkuasa penuh untuk mengarahkan penahanan individu terbabit mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Katanya, desakan berkenaan disuarakan sendiri keluarga tahanan kepada SUARAM dan 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini semalam. “Antara yang membuat desakan adalah keluarga Pengarah SUARAM, Dr Kua Kia Soong. Pendirian kami adalah tegas, sama ada mahu atau tidak, Dr Mahathir perlu meminta maaf. Bukan susah pun meminta maaf dan mengaku kesalahan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sevan diminta mengulas kenyataan media dikeluarkan SUARAM bersama ...

HENDAK BUAT PENDIDIKAN PERCUMA BAGAIMANA? UNISEL PUN RUGI TERUK

Image
1) Dalam Bajet Alternatif DAP-Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. 2) Anggaran kos untuk percuma di semua universiti hampir RM60 billion. 3) Lihat gambar rajah di atas itu, UNISEL yang di bawah kerajaan negeri Selangor pun rugi teruk tiga tahun berturut turut. 4) Tahun 2014, rugi RM10.6 juta. Tahun 2015, rugi RM16.6 juta dan tahun 2016, rugi 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 juta. 5) Satu universiti pun tidak boleh jaga, macam mana hendak jaga 20 univeriti awam?

“MALAYSIA BANKRAP? SUDAH-SUDAHLAH MENIPU” – PM

Image
Kemampuan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rak­yat jelas memadamkan tomahan pembangkang kononnya Malaysia telah bankrap. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, pelbagai bentuk bantuan diperkenalkan termasuk kenaikan beberapa elaun khusus untuk warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU) sekali gus bukti kewangan kerajaan masih mampu memenuhi keperluan rakyat. Kemampuan kerajaan itu membuatkan Najib mempertikaikan tuduhan pembangkang kononnya negara ini telah bankrap. “Rakyat perlu, BN bantu, sebab kita mampu. Malaysia bankrap? Sudah-sudahlah pembangkang menipu,” kata Perdana Menteri menerusi status terbaharunya di akaun Facebook beliau hari ini. Semasa pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu, beberapa bentuk bantuan dan kemudahan terus dikekal dan ditambahkan kepada rakyat termasuklah setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2...

KERANA KUASA, MAHATHIR MAHU JATUHKAN PM – ANNUAR

Image
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana bangsa atau negara sebaliknya disebabkan kuasa. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata agenda Dr Mahathir bermula pada 2013 selepas anaknya Datuk Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. “Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa. “Bukan (kerana) soal agama, bukan soal bangsa tetapi sebab dia masih mahu kekal berkuasa,” katanya pada Dialog Destini Bangsa: Istiqamah Bersama UMNO/Barisan Nasional di sini, pada Ahad. Semasa mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Jumaat meniru dasar kebajikan di Selangor, Annuar berkata rakyat lebih pandai menilai perkara itu. — BERNAMA

SENTIMEN SEMAKIN POSITIF UNTUK BN MERAMPAS KERUSI LEMBAH PANTAI – RAJA NONG CHIK

Image
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin menyifatkan BN mampu merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai daripada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, namun seluruh jentera BN dan UMNO haruslah meningkatkan kerjasama dan bekerja keras dalam satu pasukan. Komitmen dan perjuangan BN dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat tidak boleh dipandang sepi khususnya di kawasan parlimen ini, walaupun sudah dua penggal BN tewas kepada Nurul Izzah Anwar, katanya. “Insya-Allah, berdasarkan kerja-kerja yang kita dah buat, serta sentimen yang ada dalam negara khususnya dengan gerak kerja dan apa yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, saya lihat ada sentimen positif khususnya pengundi-pengundi Melayu dan India untuk terus menyokong BN. “Cuma kita kena pastikan, di saat-saat akhir nanti, mereka tidak dikelirukan dan diputar-belit dengan berbagai isu yang boleh menyebabkan ada yang keliru dan wujud semula perpecahan seperti apa ...

BILANGAN SEBENAR AHLI PAN MENGELIRUKAN...SEMUANYA PENIPU BELAKA

Image
Kenyataan berbelit-belit dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan mengenai jumlah sebenar ahli parti itu yang ditubuh bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan mengelirukan rakyat. Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, kelmarin mendakwa PAN berjaya mengumpulkan sekitar 80,000 orang ahli dalam masa dua tahun penubuhannya. “Dalam majlis sambutan ulangtahun pertama PAN Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2016 pula, Lim Kit Siang menyebut Salahudin memaklumkan beliau bahawa ahli PAN sudah mencecah 85,000 orang pada waktu itu. “Jika kedua-dua kenyataan Salahuddin itu adalah benar, maka ini bermakna PAN bukan mengalami penambahan tetapi mengalami pengurangan ahli seramai 5,000 orang antara bulan Oktober 2016 ke bulan Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. PAN ditubuhkan dengan sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ko...

POLIS TAHAN ENAM LELAKI BERGADUH DI LDP

Image
Polis menahan enam lelaki kerana terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham membabitkan kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall, Puchong semalam. Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Satria Neo. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi arahan pihak polis. “Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. Megat Mohd Aminuddin berkata semua suspek berusia 40-an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut. Video per...

PASPORT PALING ‘BERKUASA’ DI DUNIA : SINGAPURA YANG PERTAMA, MALAYSIA KEENAM

Image
Singapura kini diiktiraf pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dengan rakyatnya dibenarkan mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa visa. Passport Index yang mengawasi kebolehgunaan dokumen berkenaan berkata, republik itu menduduki tempat tertinggi selepas Paraguay menarik balik sekatan terhadap rakyat Singapura. Ini bererti kira-kira 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini dibenarkan mengembara ke 159 negara, sama ada tanpa visa langsung atau dengan satu dikeluarkan sebaik tiba di destinasi. Jerman di tempat kedua dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden serta Korea Selatan seri di tempat ketiga. Pasport Amerika Syarikat (AS) di tempat keenam bersama Malaysia, Ireland dan Kanada. Afghanistan di kedudukan terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan untuk cuma 22 negara. Passport Index berkata, kebolehgunaan pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru ti...

TIADA TELEFON PINTAR RAHSIA BAHAGIA ROSMAH MANSOR

Image
Bila sebut tentang isu politik di Malaysia, nama isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datik Seri Rosmah Mansor sering menjadi bualan ramai. Walaupun teruk dihentam, dituduh, dan dicaci, beliau dilihat sentiasa tenang seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata netizen. Baru-baru ini, dalam satu seminat jenayah, Datin Seri Rosmah mendedahkan rahsianya hidup bahagia tanpa tekanan. HANYA GUNA TELEFON LAMA & TIDAK TAHU GUNAKAN TEKNOLOGI “Saya tidak memiliki telefon pintar. Saya masih menggunakan telefon lama yang antik berjenama Samsung. “Pada saya ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk mengunakan teknologi canggih “Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya, saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah mempunyai sebarang akaun media sosial. “Saya tidak tahu bagaimana menggunakan internet. Jika anda meliaht laman Face...

Ops Lalang: Mahathir perlu bertanggungjawab

Image
Tun Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapannya 30 tahun lalu yang menyebabkan 106 orang hidup dalam penderitaan kerana ditahan tanpa bicara dalam Operasi Lalang. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy mendakwa sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir berkuasa penuh untuk mengarahkan penahanan individu terbabit mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Katanya, desakan berkenaan disuarakan sendiri keluarga tahanan kepada SUARAM dan 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahad. "Antara yang membuat desakan adalah keluarga Pengarah SUARAM, Dr Kua Kia Soong. Pendirian kami adalah tegas, sama ada mahu atau tidak, Dr Mahathir perlu meminta maaf. Bukan susah pun meminta maaf dan mengaku kesalahan dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam. Sevan diminta mengulas kenyataan media dikeluarkan SUARAM bersama 76 N...

Terlalu remeh…PM tibai Wan Azizah bandingnya dengan PM Singapura jumpa Presiden Trump...Bongok Betul Wan Azizah Ni

Image
Kesian Kak Wan…macam orang yang sudah tidak ada modal nak perlekeh Perdana Menteri. Pagi Isnin,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail  selaku Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan nada tersekat-sekat di Dewan Rakyat dakwa Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong dapat lebih layan istimewa banding Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pertemuan dengan Presiden Amerika. Dalam soalan tambahan semasa soal jawab,beliau berkata Perdana Menteri Singapura duduk di Blair House,yakni rumah tetamu Presiden manakala Perdana Menteri Malaysia menginap di hotel Trump International semasa di Washington. Sebenarnya ini adalalah antara isu yang dijaja oleh puak pembangkang dan media yang sewaktu dengan mereka kebelakangan ini. Wan Azizah cuba ambil peluang nak tonjolkan dakyah mereka selepas Najib jawab soal asal dari Ahli Parlimen BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai kejayaan hasil lawatan jumpa Trump. Perdana Menteri telah menjelaskan pertemuan berkenaan penting da...

Kali pertama BN dahului PH dalam perang siber...

Image
Ahli Majlis Tertinggi UMNO  yang juga Pengerusi Biro IT, Datuk Ahmad Maslan optimis UMNO dan BN dijangka menang dalam peperangan maya (siber) mengalah jentera media sosial pembangkang pada PRU ke-14. Menurut Ahmad Maslan, selama ini pada PRU 11, 12 dan 13 terutama PRU 12 dan 13 didapati diperingkat media sosial UMNO dan BN telah tewas dalam peperangan media social ini. `Saya berharap pada PRU ke 14 ini kita menang dalam peperangan maya . . . perang siber ini kita menang. . .  kita harap agar jentera media sosial UMNO akan berjuang dan mengalahkan jentera dan media sosial pembangkang. ``Ini  kerana UMNO dan BN tidak menyebar fitnah sedangkan jentera media sosial pembangkang menyebar fitnah kerana mereka tiada isu dan muflis idea. ``Kenapa mereka fitnah?...kerana mereka muflis idea. . . kerana mereka tidak ada isu baru yang mereka boleh bagi kepada rakyat sedangkan kita hari ini membuat pengumuman dalam bajet baru. ``Beratusan pengumuman yang dibuat oleh Perdan...

Hukuman buang daerah masih relevan...

Image
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hukuman buang daerah yang dikenakan ke atas penjenayah masih relevan untuk dikekalkan. Menurut Nur Jazlan, kerajaan akan terus mengkaji untuk menambah baik pengisian program untuk individu yang dibuang daerah agar terus relevan dengan perkembangan semasa. "Elemen buang daerah bukanlah sesuatu yang asing dalam undang-undang yang berbentuk pencegahan, individu-individu yang dibuang daerah ini atau dalam istilah sebenarnya dalam pengawasan polis bukanlah diabaikan pihak kerajaan. "Orang-orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis ini dipantau oleh ketua polis balai dan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kesesuaian kemahiran dimiliki mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk William @ Nyallau Badak (BN-Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah menerusi hukuman buang daerah yang menurutnya tidak berkesan dal...

Jangan Mimpilah Midin Weiiii....Cermin Parti Diri Sendiri Dulu

Image
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa masa telah membuktikan yang partinya membuat keputusan tepat dalam mengehadkan keahlian penuh kepada kaum Bumiputera sahaja. Bercakap pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak ragu-ragu PPBM telah menarik banyak sokongan daripada kalangan Melayu untuk Pakatan Harapan. “Ia 1 strategi yang telah berjaya,” kata beliau. “Kami kini melihat orang Melayu yang bertali arus menyokong PPBM dan akhirnya menyokong Pakatan.” Pakatan Harapan dianggotai PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Beliau mendakwa keadaan itu menyebabkan Umno rasa terancam dan ia juga merupakan faktor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan “bajet populis” kelmarin. Menjelaskan bagaimana barisan pengasas PPBM mengambil keputusan untuk menggunakan sistem keahlian yang unik itu, Muhyiddin memberitahu: “Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 52% undi popular tetapi Barisan Nasional mengekal...

PM dok sebut kak wan..... Ingat dunia ni satu yg nama kak wan sahaja ke? Bengong

Image
Kenapa awak pulak yg terasa ekk. Kak Wan tak kenal pun Awak tu. Dia tak sensitif pun dulu kini dan selamanya dlm pakatan sendiri mempermainkanya. Ada faham. PM cuma ingatkn saja...Teruskan Perjuangan DS.Najib. Rakyat sentiasa menyokong...buktinya BN tidak pernah kalah setiap kali pilihan raya umum. Sentiasa bolih menubuhkan kerajaan. Ini lah satu bukti kukoh. Dulu kini dan selamanya BN sentiasa dihati rakyat yg bijaksana menilai. Yg bengong tu tetap lh bengong juga.

ADUN DAP Tanjung Bungah mahu keluar parti

Image
Kecewa dengan sikap pemimpin DAP Pulau Pinang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin... ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu memberi gambaran meninggalkan parti itu tidak lama lagi. Yee Cheu yang menyertai DAP pada 1999 berkata, beliau kini tidak sealiran dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya dari sudut kelulusan pembangunan di lereng bukit. Dalam masa sama, beliau menegaskan, kepimpinan parti DAP dan kerajaan negeri juga mengetahui mengenai kekecewaannya itu serta hasratnya untuk keluar daripada parti. “Mungkin sudah tiba masanya untuk saya berbuat demikian dan pada Jun lalu pun saya sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti,” katanya. Yee Cheu sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan targedi tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah selepas mendakwa beliau serta penduduk di kawasan tersebut beberapa kali membantah projek berkenaan namun tidak dipedulikan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Malah, Yee Cheu sebelum ini juga sering dilabel pemberontak kerana ser...

Bajet untuk pusat tahfiz martabatkan Islam

Image
Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti-fa-qiyah yang mengorbankan 23 nyawa telah mencetus insipirasi kepada kerajaan BN untuk memberi tumpuan kepada sekolah tahfiz seluruh negara dalam Bajet 2018. Sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar. Sebagai tambahan, Skim Latihan Kemahiran GiatMara akan diperkenalkan bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran. Peruntukan RM588 juta ringgit juga akan dibelanjakan untu untuk bayaran elaun bulanan kepada Imam, Bilal, guru KAFA dan guru Takmir. Juga untuk meghargai jasa mereka, PM Najib Razak telah menghadiahkan satu bayaran khas one-off RM1,500. 

TUN MAHATHIR DEDAHKAN TEMPUH 22 TAHUN SELAYAKNYA DIGELAR DARUL PENYANGAK

Image
1. Rancak terlajak bilamana Tun Mahathir berbicara perihal Malaysia, yang mana hari ini negara Malaysia akhirnya diikhtiraf sebagai DARUL PENYANGAK oleh Tun M... panjang Tun M berbicara tentang ciri2 sebuah Darul Penyangak, dan ia disampaikan dengan begitu terperinci... 2. Maka, benarlah sepertimana janji dan doa yg pernah diucapkan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dalam parlimen satu ketika dulu, "Semoga Allah panjangkan umur Dr. Mahathir agar dia dapat melihat sendiri akibat dari dosa2 lampau yg pernah dia lakukan..." - Ustaz Fadzil Noor Bukan saja melihat, malah Tun M sendiri sedang bercerita, mendedahkan dan membuka pekung busuk yg membelenggu dirinya selama ini... hinggakan rakyat dapat melihat sendiri cara pemikiran dan prinsip Tun M, dari mulut dan penulisannya sendiri... 3. Tanpa Tun m sedari, apa yg ditulis sebenarnya adalah diri Tun M sendiri... Tun M sedang bercerita tentang perilaku, perbuatan, pengkhianatan dan kemungkaran yang telah dilakukannya se...

SAH! MEREKA MAHU ISLAM YANG LIBERAL DAN SEKULAR

Image
Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T “Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati. “Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik. Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah ...

Kata pentaksub Dr Mahathir Mohamed, jika Dr Mahathir masih Perdana Menteri, pastinya Malaysia akan membina kapal terbang sendiri.

Image
Kata saya, masa Dr Mahathir masih Perdana Menteri, dia gadai syarikat kapal terbang negara pada kroninya, Tajuddin Ramli sehingga kerajaan terpaksa "bail out" MAS akibat kerugian lebih RM20 bilion.

Tamparan hebat buat DAP Pulau pinang! Adun Tanjung Bungah bakal tinggalkan DAP

Image
Seorang demi seorang Yb yg memperjuangkan Rakyat dan Kebenaran meninggalkan DAP. Adun DAP sendiri mengatakan Bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang CTSB - (Cakap Tak Serupa Bikin). Hanya yg GILA KUASA masih mempertahankan Kerajaan DAP yg tidak mempedulikan kebajikan Rakyat Pulau Pinang. #tolakdap

Pemansuhan Tol Batu Tiga, Pembangkang Terperangkap

Image
Pembentangan bajet 2018 adalah satu pembentangan yang cukup  mampan dan berkualiti dimana segenap golongan masyarakat dapat menikmati  hasil Negara bersama sama kerajaan. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi oleh pihak pembangkang. Rata rata pemimpin pembangkang seakan sudah tenggelam punca apabila  setiap ruang serangan telah ditutup sebaiknya. Ini bukan dikatakan bajet gula gula lagi , sebenarnya ini lah realiti yang seharusnya diterima oleh pakatan Harapan dimana kerajaan yang ada bukan sebuah kerajaan yang bangkrup. Pada kebanyakan  kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin  pembangkang hanya bertujuan untuk melindungi rasa malu dengan bajet yang mereka buat sendiri. Berkaitan dengan tol, Azmin cuba mengalihkan isu ini dengan mengatakan ianya adalah desakan rakyat Selangor tetapi dalam hal sebenarnya ianya adalah cadangan dari UMNO sendiri agar pemansuhan tol  Batu Tiga dapat dilaksanakan. Didalam Bajet pakatan harapan kita telah membaca bahawa ...

Kemajuan apakah yang dimaksudkan oleh tokong Lim Guan Eng Tu?

Image
 Selama ini segala kemajuan Negara adalah dari usaha BN.. Pakatan buat kemajuan apa menganjing je la dari awal sampai sekarang tak habis2 menghasut Rakyat, berpolitik terus sampai ada yg kena saman dan masuk jel... Pooorahhhh LGE bengong

Kutuk Bajet 2018: Sah pemimpin Pakatan bodoh

Image
MP PKR Kelana Jaya, Wong Chen bersama ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail cuba persoalkan langkah Kerajaan BN mansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kononnya rakyat ditipu kerana konsesi akan tamat. Bagaimanapun, mereka kata tidak tahu bila konsesi tamat kerana dokumen perjanjian tertakluk kepada OSA. Nampak sangat tidak buat “homework” sebab pada April 2015, PLUS telah keluar kenyataan yang konsesi disambung kepada 2038 untuk elakkan kenaikan tol. Nurul Izzah sibuk tanya kos penamatan tol itu tapi dalam Belanjawan Pakatan, pembangkang tidak pun menerangkan apa mekanisme yang akan digunakan untuk tamatkan tol seluruh negara jika menang PRU14. Hanya tahu buat janji kosong. MB Selangor Azmin Ali pula cuba ambil “credit” tentang dua program ADAM50 dan program penakungan air sungai kerana sama dengan program-program Selangor iaitu Tawas dan Horas. Tapi dia kena gelak sebab mantan MB Khalid Ibrahim yang reka 2 program tersebut sejak 2009. Jelas Pakatan sudah terkedu dengan kecemerla...

Anda Percaya Dengan Politik DAP APabila Berkata...?

Image
“Jika UMNO kalah dalam PRU-14 dan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah bersama-sama Bersatu membentuk kerajaan baru, kami mahu membuktikan bahawa kami mampu melakukan lebih baik untuk orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. “Kami mahu mengatasi rekod 60 tahun UMNO dengan melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan lagi kedudukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban." Kata DAP.... Kita jangan mudah ditipu oleh Pemimpinan DAP untuk kaburi mata rakyat Malaysia...Janji DAP kita tak boleh dipercayai.Percaya lah..

Video Kupasan Yang Menarik Oleh Tan Sri Annuar Musa

Image

'Datuk Seri' Pukul Anggota Rela Diarah Serah Diri...Datuk Seri Tak Datuk Seri Zaman Ini Masuk Lokap Lah

Image
KAJANG: Polis telah mengenal pasti 'Datuk Seri' yang didakwa memukul tiga anggota Rela semasa bertugas, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Dalam Negeri itu mengarahkan lelaki berkenaan supaya menyerahkan diri kepada polis secepat mungkin. "Saya ingin menekankan bahawa setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-undang, tidak kira sama ada anda mempunyai gelaran atau tidak. "Bergelar Datuk bukan lesen untuk berkelakuan sedemikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Penjara Kajang pada Ahad. Kejadian tiga anggota Rela dipukul berlaku pada pagi Jumaat dekat sebuah kuil di Ampang, apabila kereta milik Datuk Seri itu menghalang lalu lintas. Insiden yang dirakaman itu menunjukkan seorang lelaki memukul anggota Rela, tanpa membalasnya.

ADUN BERHASRAT KELUAR DAP?

Image
ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dilaporkan bakal meninggalkan DAP selepas pembubaran DUN Pulau Pinang. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas tidak sehaluan dengan kepemimpinan parti. “Sudah sampai masanya saya membuat keputusan ini. “Saya pernah suarakan hasrat sama pada Jun lalu. Saya yakin parti tahu mengenai perkara ini,” lapor sebuah portal berita hari ini. Sebelum ini, Yee Cheu lantang mengkritik kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkaitan isu banjir dan alam sekitar susulan insiden runtuhan di tapak projek perumahan di Tanjong Bungah pada dua minggu lalu. Beliau juga pernah membangkitkan isu untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri negeri kepada dua penggal. Wakil rakyat DAP itu, bagaimanapun belum memikirkan untuk menyertai parti lain. “Saya seorang wakil rakyat dan tanggungjawab saya memperjuangkan hak pengundi dan kerana itu saya rasa saya perlu buat keputusan untuk keluar kerana sudah tidak sehaluan. “Perkara lain saya masih belum ...

TOL BATU TIGA & SG. RASAU / KONSESI SEPATUTNYA TAMAT PADA DEC 2038

Image
Tol Batu 3 dan Sungai Rasau sepatutnya berakhir pada 31 Dec 2038. Tapi Kerajaan BN dalam Bajet 2018 semalam telah berjanji akan tamatkan konsesi pada 1 Jan 2018 dengan serta merta. Walaupun Pembangkang suka kutuk Najib, tapi dia tetap bagi yg terbaik untuk rakyat di negeri pembangkang. Bayangkan kalau BN diberi mandat semula di Selangor dan Penang. Dah tentu dalam masa 5 tahun Penang dah ada LRT/MRT. Nak harap kat Pakatan, asyik dok bangga dengan Skim Tawas dan Kad Peduli Sihat saja lah. Inilah cara pembohongan pemimpinan PH yang terkini...dan memalukan lagi nak berbohong pada pengikutnya.

ADAKAH PAKATAN MAMPU LAKSANA APA YG DITULIS DALAM BAJET PAKATAN?

Image
Nilaikan sendiri status UNISEL, ini belum laksana pendidikan percuma lagi... 2014 rugi RM10.6 j 2015 rugi RM16.6 j 2016 rugi RM4.01 j Hutang terkumpul hingga 2016, RM126 juta. Nak uruskan sekolah agama negeri (SMAN/SRAN) dan maahad tahfiz dalam negeri pun, Pakatan ada masalah, inikan nak beri pendidikan percuma di peringkat kolej dan IPT? Sembang boleh la.. Sebarkan..

Plaza tol Sungai Nyior....Minta Guan Eng Janji Tutup Toll Sungai Nyior

Image
MCA Pulau Pinang menghadiahkan kerusi roda kepada DAP Pulau Pinang sebagai simbolik untuk menghantar DAP bagi menjalani rawatan kerana disifatkan sakit kerana menipu ,hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Kerajaan negeri Pulau Pinang dikritik kerana gagal dalam jani isu pemansuhan tol di Sungai Nyior pada PRU 2008 serta dalam isu terowong bawah laut, dimana sebanyak RM 305 juta wang rakyat Pulau Pinang dibazirkan untuk kertas kerja sahaja.

DAKWAAN KUTIPAN TOL BATU TIGA, SUNGAI RASAU TAMAT 2018 TIDAK TEPAT – PLUS

Image
Tempoh kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, berdasarkan perjanjian konsesi baru setelah semakan semula pada 2011 hanya akan berakhir pada 31 Disember 2038 jika tiada pemansuhan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian penjelasan oleh Plus Malaysia Berhad (PLUS). Menerusi satu kenyataan rasminya semalam, PLUS berkata, perjanjian konsesi baru hasil semakan semula pada 2011 itu dilakukan bagi mengelakkan kenaikan tol (dari kadar RM1.10 kepada RM2.40) jika perjanjian asal yang tamat pada 2018 dipatuhi. “Perjanjian Konsesi 2011 yang distruktur susulan penswastaan PLUS pada tahun sama, menyaksikan kutipan di semua plaza tol milik PLUS, termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau, diselaraskan. “Selain itu, tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan, sama ada oleh kerajaan atau PLUS di semua lebuh raya milik syarikat ini sejak 2005,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Terdahulu, tular di media sosial apabila sebahagian penyokong pembangkang...

HAPUS TOL: PAKATAN BAGI HARAPAN, NAJIB TUTUP BETUL-BETUL

Image
PAKATAN Harapan Selangor usah gebanglah pasal penutupan tol Sg Rasau dan Batu Tiga yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan bajet semalam.  Tidak ada apa yang mereka perjuangkan untuk menutup dua tol legasi Mahathir itu, takde. Seawal Ogos lagi UMNO Selangor dah terlebih dahulu kemuka permohonan supaya tol di dua kawasan itu ditamatkan dan bajet 2018 semalam adalah jawapan kepada permohonan itu. Yang penting, apa pun yang didakwa, apa pun yang di’claim’ tetap hakikat yang tidak berubah, ia adalah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menutup tol-tol tersebut – bersama 2 buah lagi di beberapa negeri berbeza. Najib, bukan Azmin, bukan Rodziah atau mana-mana makhluk dalam Pakatan, tapi Najib. Sudah tentulah penghapusan tol ini nanti akan menggunakan duit rakyat, ini persoalan apa yang Pakatan mau jadikan isu?  Kot Pakatan nak hapuskan tol nanti pun, akan guna duit rakyat juga.  Apa guna duit poket Mahathir ke?  Tua kedekut nak mampus i...