ADUN BERHASRAT KELUAR DAP?

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dilaporkan bakal meninggalkan DAP selepas pembubaran DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas tidak sehaluan dengan kepemimpinan parti.

“Sudah sampai masanya saya membuat keputusan ini.

“Saya pernah suarakan hasrat sama pada Jun lalu. Saya yakin parti tahu mengenai perkara ini,” lapor sebuah portal berita hari ini.

Sebelum ini, Yee Cheu lantang mengkritik kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkaitan isu banjir dan alam sekitar susulan insiden runtuhan di tapak projek perumahan di Tanjong Bungah pada dua minggu lalu.

Beliau juga pernah membangkitkan isu untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri negeri kepada dua penggal.

Wakil rakyat DAP itu, bagaimanapun belum memikirkan untuk menyertai parti lain.

“Saya seorang wakil rakyat dan tanggungjawab saya memperjuangkan hak pengundi dan kerana itu saya rasa saya perlu buat keputusan untuk keluar kerana sudah tidak sehaluan.

“Perkara lain saya masih belum fikir,” kata Yee Cheu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL