'Datuk Seri' Pukul Anggota Rela Diarah Serah Diri...Datuk Seri Tak Datuk Seri Zaman Ini Masuk Lokap Lah

KAJANG: Polis telah mengenal pasti 'Datuk Seri' yang didakwa memukul tiga anggota Rela semasa bertugas, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu mengarahkan lelaki berkenaan supaya menyerahkan diri kepada polis secepat mungkin.

"Saya ingin menekankan bahawa setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-undang, tidak kira sama ada anda mempunyai gelaran atau tidak.

"Bergelar Datuk bukan lesen untuk berkelakuan sedemikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Penjara Kajang pada Ahad.
Kejadian tiga anggota Rela dipukul berlaku pada pagi Jumaat dekat sebuah kuil di Ampang, apabila kereta milik Datuk Seri itu menghalang lalu lintas.

Insiden yang dirakaman itu menunjukkan seorang lelaki memukul anggota Rela, tanpa membalasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL