BILANGAN SEBENAR AHLI PAN MENGELIRUKAN...SEMUANYA PENIPU BELAKA

Kenyataan berbelit-belit dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan mengenai jumlah sebenar ahli parti itu yang ditubuh bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan mengelirukan rakyat.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, kelmarin mendakwa PAN berjaya mengumpulkan sekitar 80,000 orang ahli dalam masa dua tahun penubuhannya.

“Dalam majlis sambutan ulangtahun pertama PAN Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2016 pula, Lim Kit Siang menyebut Salahudin memaklumkan beliau bahawa ahli PAN sudah mencecah 85,000 orang pada waktu itu.

“Jika kedua-dua kenyataan Salahuddin itu adalah benar, maka ini bermakna PAN bukan mengalami penambahan tetapi mengalami pengurangan ahli seramai 5,000 orang antara bulan Oktober 2016 ke bulan Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN ditubuhkan dengan sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya bagi menggantikan PAS selepas kedua-dua parti itu berjaya menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

PAS disingkirkan oleh DAP dan PKR daripada pakatan pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu kepada pembangkang.

Kamarul Zaman dalam pada itu berkata, pada 14 November 2015, Setiausaha Agung PAN, Mohd. Anuar Tahir, mengumumkan ahli PAN seramai 35,000 orang, manakala pada 23 Ogos 2016 beliau mengumumkan bahawa ahli PAN seramai 60,000 orang.

“Jika PAN sekarang, pada hujung tahun 2017, hanya mempunyai seramai 80,000 ahli, maka sasaran Presiden PAN, Mohamad Sabu pada 12 September 2015 supaya PAN mempunyai seramai 100,000 ahli pada hujung tahun 2015 jelas gagal dicapai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana