Kasthuri Patto Fitnah Kerajaan Isu Logo BN Dalam Dewan Rakyat
Seorang Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto pada Jumaat lalu cuba bermain persepsi jahat terhadap Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN) apabila memuatnaik sekeping gambar di laman facebooknya.
Gambar tersebut merakamkan bendera/logo BN berada dalam Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan Bajet 2018 dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Sri Najib Tun Razak.
Posting di facebook dipercayai miliknya yang bernama Kasthuri Patto itu cuba bermain persepsi kononnya ada pihak yang mungkin telah melakukan tindakan tidak wajar tersebut, memetik laporan portal TV14.my.
Menurut laporan portal pro pembangkang Malaysiakini, dia yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan memohon pihak bertanggungjawab untuk menyiasat perkara berkenaan.
“Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?
“Saya memohon budi bicara agar siasatan (diadakan) untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.
“Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB,” katanya.
Bagaimanapun, dari analisis yang dilakukan oleh portal Tv14 menunjukkan bahawa perkara berkenaan sebenarnya tidak berlaku ketika sesi pembentangan Bajet 2018 itu.
Melalui sumber beberapa rakaman video yang tular di media sosial termasuklah di laman YouTube mendapati, ketika itu skrin Tv di dalam Dewan Rakyat berkenaan memaparkan imej dan perkataan ‘Bajet 2018’ dan bukan bendera/logo BN seperti di dakwa oleh pemimpin DAP.
Malah beberapa video dari portal pro pembangkang seperti Kini Tv juga turut memaparkan perkara berkenaan – tiada bendera/logo BN dipaparkan dalam Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri.
Justeru, siapa sebenarnya menipu sekarang ini? Apa agenda sebenar Kasthuri mengada-adakan cerita sebegini? Adakah mereka (Pakatan Harapan) sudah tiada modal untuk menyerang ‘Ibu Segala Bajet’ ini?
Mohon pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan ke atas Kasthuri Patto kerana membuat cubaan ‘menghina’ institusi tertinggi dan mulia seperti Parlimen dengan mengaitkannya bersama-sama elemen parti politik.
Tahniah buat Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat pimpinan beliau telah berjaya menutup mulut Pakatan Harapan sehingga mereka terpaksa mencipta isu-isu baharu yang berunsur fitnah.

Comments