Kenyataan Muhyiddin untuk memperbodohkan orang Melayu
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO ketakutan sehingga membentang bajet yang disifatkannya sebagai populis hanyalah percubaan Presiden PPBM itu untuk memperbodohkan orang Melayu dan rakyat majmuk.
Apatah lagi apabila Ahli Parlimen Pagoh itu tanpa segan silu, mengatakan orang Melayu sekarang ramai menyokong PPBM dan sekaligus kepada Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang, terutama PPBM usahlah bertindak yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
“ Ini semuanya dek dendam kesumat, marah, geram dan sakit hati yang tiada penghujung. Mereka terlalu sangat ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati,” katanya dalam kenyataan, Ahad.
Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin itu, beliau berkata, rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu, dalam sejarah amat arif dan bijaksana dalam adat berpolitik.
“Orang kita umpama jauhari yang mengenal manikam. Orang Melayu sedar PPBM di bawah PH adalah kumpulan yang dikuasai DAP,” tegas Ahli Parlimen Ketereh itu.
Annuar menegaskan bahawa orang Melayu maha mengetahui dasar sosialis DAP, dan perjuangan mereka bukan untuk Islam dan orang Melayu.
Menurutnya, orang Melayu tahu pemimpin Melayu bertelagah dan membuka parti serpihan sebagai agenda peribadi dan tamak kuasa.
“Orang Melayu tidak akan memperjudikan nasib dan masa depan negara kepada DAP dan pihak yang memperjudikan hak dan kedudukan orang Melayu dan Islam kepada DAP,” ujar beliau.
Katanya, petanda cukup jelas bahawa orang Melayu dan Islam, malah kaum lain, mula menjarakkan diri daripada PH pimpinan DAP.
Malah menurut Annuar, ia semakin ketara betapa orang Melayu akan merapatkan saf dan meningkatkan solidariti dan taawun utk kebaikan Islam.
“Apabila ini terjadi, kumpulan serpihan yang meninggalkan perjuangan yang asal akan kita kuburkan melalui PRU-14.
“ Ini kerana hanya dengan cara demikian, orang Melayu dan umat Islam dapat melindungi apa yang hak bagi kita seperti mana termaktub dalam perlembagaan,” jelasnya lagi.
Menurut beliau, PPBM mahupun PH pimpinan DAP bukan pilihan terbaik untuk orang Melayu dan Islam serta kaum lain di negara ini.
“Amat malang, dan petaka malap, jika orang Melayu dan umat Islam serta rakyat kita terdiri daripada pelbagai bangsa terjerumus dengan sepak terajang politik PPBM dan PH itu,” tegas Annuar.

Comments