Kali pertama BN dahului PH dalam perang siber...
Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Biro IT, Datuk Ahmad Maslan optimis UMNO dan BN dijangka menang dalam peperangan maya (siber) mengalah jentera media sosial pembangkang pada PRU ke-14.
Menurut Ahmad Maslan, selama ini pada PRU 11, 12 dan 13 terutama PRU 12 dan 13 didapati diperingkat media sosial UMNO dan BN telah tewas dalam peperangan media social ini.
`Saya berharap pada PRU ke 14 ini kita menang dalam peperangan maya . . . perang siber ini kita menang. . . kita harap agar jentera media sosial UMNO akan berjuang dan mengalahkan jentera dan media sosial pembangkang.
``Ini kerana UMNO dan BN tidak menyebar fitnah sedangkan jentera media sosial pembangkang menyebar fitnah kerana mereka tiada isu dan muflis idea.
``Kenapa mereka fitnah?...kerana mereka muflis idea. . . kerana mereka tidak ada isu baru yang mereka boleh bagi kepada rakyat sedangkan kita hari ini membuat pengumuman dalam bajet baru.
``Beratusan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang boleh kita sebarkan. . . kita viralkan . . . kita boleh tularkan dalam media social seperti facebook, twitter, Instagram, Whatsap yang majoriti rakyat Malaysia ada.
``Masukkan dalam media sosial tentang segala pengumuman –pengumuman baik yang dibuat oleh pemimpin peringkat negeri, bahagian dan pusat ..itu sudah cukup untuk kita memenuhi ruangan peperangann maya yang ada sekarang,’’ katanya.
Datuk Ahmad Maslan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kempen Biro IT dan Media Sosial UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Batu 6 Pekan Rabu Sungai Manik, dekat Pasir Salak pada Ahad.
Sehubungan itu beliau mengingatkan media social UMNO supaya jangan memfitnah sesiapa demi menjaga keutuhan parti dan BN.
``Kita tidak perlu memfitnah sesiapa ..oleh kerana mereka (pembangkang) itu tidak cukup idea maka mereka pergi kearah fitnah..media sosial UMNO jangan memfitnah sesiapa di bawah saya ni saya tak mahu mereka memfitnah pihak orang lain.
``Pembangkang nak fitnah itu terpulang kepada mereka namun kita menyebar maklumat yuang baik menyebar maklumat yang benar itu kerja kita.’’ Katanya.
Menurut Ahmad Maslan bagi memastikan UMNO menang dalam peperangan siber ini UMNO akan menubuhkan Biro IT di semua cawangan parti itu di seluruh negara, supaya semua maklumat yang disalurkan, sampai ke akar umbi.
``Saya harap kita akan mengukuhkan lagi biro ini dengan menambah biro itu diperingkat cawangan . . . jika ada 100 cawangan di satu-satu bahagian saya harap setiap cawangan itu ada wakil biro IT dan media social . . . kalau 100 mereka ada 100 orang yang boleh kita masukkan dalam satu kumpulan whatsup dan kemudian kita boleh edarkan segala maklumatr dalam kumpulan itu.
``Jadi biro IT peringkat negara, pusat sudah ada ..biro IT peringkat negeri sudah ada.. biro IT peringkat bahagian saya telah pastikan ada di 191 bahagian.. sudah setahun siap ..cuma yang penting biro IT peringkat cawangan yang perlu kita wujudkan,’’ ujarnya.
Beliau turut berharap biro IT peringkat cawangan sebarkan perkara positif enam perkara dalam media social, pertama video pendek yang postif, kedua tulisan pendek yang positif , ketiga infor grafik yang positif, keempat keratan khabar cerita positif, kelima karikator-karikator positif dan keenam poster-poster yang positif.
``Jadi enam perkara sebaran media socsal yang boleh kita buat untuk ktia penuhi ruangan maya di luar sana,’’ katanya.
Menurut Ahmad Maslan lag, yang lebih menarik sebuah agensi `politweet’ telah membuat survey dimana keputusannya agak memeranjatkan.
``Keputusan yang yang agak memeranjatkan kami iaitu dalam banyak parti kerajaan dan pembangkang UMNO yang paling tinggi penggunaan FB yang aktif sokong kerajaan BN.
``Itu tidak ada kena mengena dengan survey yang dibuat oleh UMNO tetapi akhirnya kita ada nampak cahaya kemenangan dalam peperangan media sosial ini dan kita harap ia diteruskan,’’ katanya.

Comments