POLIS TAHAN ENAM LELAKI BERGADUH DI LDP

Polis menahan enam lelaki kerana terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham membabitkan kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall, Puchong semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Satria Neo.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi arahan pihak polis.

“Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Megat Mohd Aminuddin berkata semua suspek berusia 40-an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

Video pergaduhan itu kemudian tular di laman sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana