Terlalu remeh…PM tibai Wan Azizah bandingnya dengan PM Singapura jumpa Presiden Trump...Bongok Betul Wan Azizah Ni

Kesian Kak Wan…macam orang yang sudah tidak ada modal nak perlekeh Perdana Menteri.

Pagi Isnin,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail  selaku Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan nada tersekat-sekat di Dewan Rakyat dakwa Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong dapat lebih layan istimewa banding Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pertemuan dengan Presiden Amerika.

Dalam soalan tambahan semasa soal jawab,beliau berkata Perdana Menteri Singapura duduk di Blair House,yakni rumah tetamu Presiden manakala Perdana Menteri Malaysia menginap di hotel Trump International semasa di Washington.

Sebenarnya ini adalalah antara isu yang dijaja oleh puak pembangkang dan media yang sewaktu dengan mereka kebelakangan ini.

Wan Azizah cuba ambil peluang nak tonjolkan dakyah mereka selepas Najib jawab soal asal dari Ahli Parlimen BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai kejayaan hasil lawatan jumpa Trump.

Perdana Menteri telah menjelaskan pertemuan berkenaan penting dan membawa hasil yang memuaskan dalam kontek hubungan dua hala,perdagangan dan sebagainya.

Juga katanya beliau telah berjaya membangkitkan isu Rohingya dan ia dimasukan dalam kenyataan bersama sempena lawatan itu.

Menjawab soalan tambahan Wan Azizah itu Perdana Menteri selamba tibai Ketua Pembangkang itu dengan menyifatkan apa yang cuba dibandingkan itu ‘ terlalu remeh’.

“Tentang soal itu terlalu remeh…walaupun saya tidak duduk di Blair House…saya ada jemputan main golf dengan Presiden Trump…Presiden Trump hantar saya sampai ke kereta.

“Kita tak payahlah nak sebut-sebut hal ini…ini bukan soal dasar ( hasil pertemuan)…kita nak pentingkan soal dasar…soal dasar ini kita tetap mendapat penghormatan yang tinggi dari pentabiran Amerika Syarikat,”katanya.

Najib juga kata pertemuan beliau dengan Presiden Trump dibuat menerusi kerajaan dan tidak perlu bayar apa-apa seperti seorang pemimpin terdahulu darinya nak jumpa Presiden Bush.

Mengenai soalan Wan Azizah adakah Malaysia yang bersifat berkecuali telah beralih arah dengan memberi sokongan kepada Amerika,Perdana Menteri berkata Malaysia tidak ubah dasar luar:.

"Kita bukan tukar dasar luar negara. Dasar kita memang berdasarkan soal prinsip. Kita tidak ubah mengikut keadaan dan situasi.

"Kita tidak buat u-turn. Ada pihak lain suka buat u-turn, u-turn dan u-turn. Dulu tak setuju sekarang setuju, dulu setuju sekarang tak setuju ( dipercayai ruju kepada Tun Dr Mahathir Mohamad). Jadi ini biasa dibuat oleh pembangkang.

"Kita konsisten. Tuan Yang Dipertua boleh menyemak dasar luar negara kita...kita sentiasa istiqamah dan konsisten sepanjang masa, walau apapun keadaan kita tetap pertahankan kedaulatan dan kepentingan nasional," katanya disambut sorakan ahli parlimen lain.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL