KERANA KUASA, MAHATHIR MAHU JATUHKAN PM – ANNUAR

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana bangsa atau negara sebaliknya disebabkan kuasa.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata agenda Dr Mahathir bermula pada 2013 selepas anaknya Datuk Mukhriz Mahathir kalah dalam pemilihan Naib Presiden UMNO.

“Kenapa ia bermula pada 2013? Kerana anaknya kalah dan agendanya bermula ketika itu disebabkan kuasa.

“Bukan (kerana) soal agama, bukan soal bangsa tetapi sebab dia masih mahu kekal berkuasa,” katanya pada Dialog Destini Bangsa: Istiqamah Bersama UMNO/Barisan Nasional di sini, pada Ahad.

Semasa mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Jumaat meniru dasar kebajikan di Selangor, Annuar berkata rakyat lebih pandai menilai perkara itu. — BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana