Posts

Showing posts from 2014

JURUTERBANG DAN KREW HELIKOPTER PDRM SELAMAT

Image
Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai,Tanah Merah telah mengalami kemalangan di kawasan perumahan Kursial,Tanah Merah Kelantan lewat pukul 6 petang tadi. Kini, empat mangsa yang cerdera terdiri daripada juruterbang dan krew sedang dirawat di Hospital Tanah Merah serta berada dalam keadaan selamat. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya.

Gamba Khairy Jamaluddin melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Banjir Simpang Jengka, Pekan Tajau.

Image

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen berkuatkuasa tengah malam ini

Image
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter. Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97. Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010. Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter. Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme

Hak Cina dan India tidak pernah disisihkan - Penganalisis..Ada Sebahagian Orang Politik Masuk Jarum

Image
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebab untuk sesetengah pihak mendakwa bangsa Cina dan India disisihkan kerajaan Persekutuan dan menuduh itulah punca mengapa kelompok itu mengalih sokongan kepada pembangkang. Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kerajaan Barisan Nasional (BN) seimbang dalam mengagihkan kekayaan kepada semua bangsa dinegara ini. Namun tegasnya, kerajaan BN tidak boleh memandang ringan penolakan masyarakat berkenaan terhadap parti pemerintah itu dan fenomena itu perlu dikaji dengan teliti memandangkan pilihan raya umum ke-14, bakal menjelang tidak lama lagi. "Saya kira ya (terbela). Jika kita lihat dari segi dasar, semuanya tidak ada yang tidak adil. Semasa kerajaan kita menggubal dasar, kesemua pihak Melayu dan bukan Melayu ada bersama dan mendapat persetujuan semua pihak. "Mungkin dari pelaksanaan wujud ketirisan. Jadi hal itu perlu ditangani, bukannya selalu menyalahkan dasar.

AWER dakwa aktiviti penggondolan hutan punca banjir teruk

Image
SHAH ALAM: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyifatkan kejadian banjir terburuk yang melanda beberapa buah negeri di negara ini disebabkan aktiviti penggondolan hutan yang dilakukan secara berleluasa. Jelas Presidennya, S. Piarapakaran, banyak kawasan tadahan air musnah akibat sifat rakus manusia meneroka hutan demi keuntungan berlipat kali ganda tanpa melaksanakan aktiviti pemuliharaan hutan, dengan menanam semula pokok dan sebagainya. "Mengapakah kapasiti penyerapan berkurangan? Ia berkurang akibat daripada penggondolan hutan, perubahan dalam guna tanah, pertambahan dalam permukaan tidak telap air dan secara keseluruhan, pembangunan untuk menampung peningkatan populasi penduduk. "Kemusnahan hutan akan menghapuskan keupayaan alam semula jadi untuk melambatkan" pergerakan air larian permukaan," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini. Perkara berkaitan ini katanya lagi jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri yang harus mengam

Kerajaan Kelantan salahkan pembalakan haram antara punca banjir buruk

Image
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini menyalahkan mereka yang melakukan pembersihan tanah dan pembalakan secara haram sebagai antara punca banjir buruk di negeri ini tahun ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengehadkan pembalakan kepada 5,960 hektar setahun, seperti ditetapkan oleh Lembaga Tanah Kebangsaan. “Amalan pengurusan perhutanan kita juga menerima pengiktirafan MC&I SFM daripada badan dunia bebas manakala sebarang kawasan pembakalan baru diwajibkan menyediakan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Ahmad dalam satu kenyataan media di sini. “Pembalakan tidak terkawal mungkin disebabkan oleh pembersihan hutan secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. Ahmad juga berjanji kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membasmikan kegiatan haram ini. Ketika lebih 100,000 orang rakyat Kelantan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir terburuk di negeri ini, ada pihak yang juga menyalahkan pembalakan tidak te

PAS dan Umno tidak perlu bergabung untuk pulihkan Kelantan...Inilah Dikatakan DAJAL..Tak Mahu Bersatu

Image
SHAH ALAM: PAS Kelantan dan Umno Kelantan tidak perlu bergabung semata-mata untuk membangunkan kembali Kelantan yang ditimpa musibah banjir, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Sebaliknya PAS mahukan sumbangan RM3 bilion daripada syarikat petroleum nasional, Petronas untuk memulihkan negeri itu. "Alasan seperti itu (PAS Kelantan dan Umno Kelantan bergabung) terlalu rapuh. "Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor dipetik sebuah portal. Cadangan bergabung itu pada awalnya disuarakan pemilik akbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub. Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan berkata, pemulihan semula Kelantan memerlukan dana berbilion ringgit. Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan. "Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga. "Sekarang Umno Kela

PM : Pengurusan Banjir di Kemaman Capai Tahap Terbaik

Image
CHUKAI 31 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuju pengurusan banjir daerah Kemaman yang mencapai tahap piawaian emas iaitu satu tahap yang tinggi dan terbaik. Beliau turut menyeru agar kawasan-kawasan lain yang dilanda bencana banjir menjadikan Kemaman sebagao model bagi memastikan masalah bencana alam ini dapat ditangani dengan cekap. Najib berkata demikian selepas mendengar taklimat pengurusan banjir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini, sebentar tadi. Terdahulu, Perdana Menteri yang mengadakan tinjauan keadaan banjir di Terengganu tiba pada pukul 12.05 tengah hari bagi meninjau keadaan banjir di Kemaman. Ketibaan Najib dengan menaiki helikopter disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah, di Mini Stadium di Kemaman. Najib dan rombongan

'Belajar Cara Najib Tangani Masalah Banjir'....Ramai Bodoh Sombong Mengkritik PM Kita.

Image
Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sedang dikritik kerana tidak memberikan perhatian kepada masalah banjir. Saya benar-benar tidak tahu apa yang mereka harapkan daripada Perdana Menteri dan dalam apa jua cara yang mereka mahu dia 'hadir' banjir. Mentaliti Malaysia ialah apabila ada banjir maka para pemimpin politik, khususnya Perdana Menteri, harus mengharungi banjir dengan air sehingga perut mereka, atau sekurang-kurangnya di atas lutut. Kemudian mereka akan dianggap sebagai melakukan sesuatu. Pertama sekali, air banjir yang tercemar dengan kumbahan.  Malah, Kementerian Kesihatan telah menasihatkan anak-anak untuk tidak bermain atau berenang dalam banjir kerana terdapat bahaya mereka boleh menangkap penyakit. Oleh itu adalah sebagai wajar bagi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia untuk 'bermain' dalam air banjir? Katakanlah Najib melakukan apa yang orang-orang ini mahu - dia wades dalam banjir dengan air sehingga dadanya. Dalam apa cara yang dia menjaga masal

Tony Fernandes : 'Kami Akan Bertanggungjawab'

Image
 JAKARTA 31 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya tidak akan lari daripada tanggungjawab susulan nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. "Walaupun ketika ini, kami tidak tahu apa yang salah, kami tidak akan lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang media selepas melawat keluarga mangsa di Pusat Krisis di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, hari ini. Tony berkata, juruterbang penerbangan QZ8501, Kapten Iriyanto antara juruterbang terbaik yang memiliki banyak pengalaman. Beliau juga menyifatkan pesawat berkenaan berada dalam keadaan yang cukup baik ketika melakukan penerbangan berkenaan. "Juruterbang memiliki pengalaman yang cukup baik, sudah merekodkan 20,000 jam penerbangan dan beliau sangat mengetahui keadaan di kawasan berkenaan," katanya. Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia. &quo

AHLI PAS MUAK DENGAN POLITIK HARAMJADAH!!!

Image
Siapa yang tak muak dengan Politik Longkang puak - puak Pakatan Haramjadah tu ye tak. Habis semua orang pun dah mula naik menyampah dengan diorang. Jika selama hari ini, mereka dari kalangan puak - puak PAS tu sendiri masih boleh bersabar dengan amalan Politik Longkang yang diamalkan oleh sesetengah pemimpin parti tu. Tapi sejak mereka berkawan dengan puak - puak Kafir Harbi DAPigs dan golongan Liberalis PKR, maka perangai Haramjadah pemimpin - pemimpin tu semuanya mula menggila Babi. Bahkan dalam keadaan musibah melanda pun masih ada lagi yang sibuk nak ber-Politik, mengeluarkan fatwa 'Songsang' yang selama ini didoktrinkan oleh pemimpin atasan mereka. Sebelum ini, ada dikalangan pemimpin mereka yang 'Memfatwakan' HARAM menerima sumbangan dari pihak Kerajaan Pusat. Tak sangka sampai hari pun fatwa tu masih lagi digunapakai. Disebelah ni ada satu status yang dimuat naikkan menunjukkan bahawa ada dikalangan ahli PAS pun dah muak dengan fatwa songsang tu. Dior

Akhirnya Anwar tampil beri kenyataan banjir...Kau Dia Tak Apa Lambat...Ptuihhh

Image
SHAH ALAM: Selepas episod cemas melanda rakyat Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, baru semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil bersuara. Bagaimanapun nadanya dilihat kendur, tidak seperti reaksi-reaksi lantangnya sebelum ini berhubung sesuatu isu yang melibatkan kebajikan rakyat. Ujarnya dalam satu kenyataan, beliau mengarahkan menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya memperhebatkan lagi bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan bencana berkenaan. "Saya telah berhubung dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu. "Saya juga telah mengarah seluruh jentera parti di semua negeri agar turut membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan di mana air bah telah surut. "Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, sert

Program PasMa selepas ini hanya libatkan DAP dan PKR

Image
ALOR SETAR: Program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hanya akan melibatkan pimpinan dari PKR serta DAP sahaja selepas ini, kata presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi. Keputusan itu diambil bagi menghormati arahan PAS Pusat supaya pimpinan parti itu tidak melibatkan diri dengan aktiviti PasMa, bagi memelihara keutuhan parti seperti termaktub dalam surat pekeliling bertarikh 15 Disember lalu. “Kita kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga bukan dari PAS Pusat sendiri. Sepatutnya selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami. “Sebelum ini kita memberi kerjasama baik terhadap PAS Pusat termasuk bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu bagi menerangkan matlamat Pasma sebenar. Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan namun setelah mereka bermesyuarat tiada sebarang respon yang kami terima,” katanya dipetik Sinar Harian. PAS Pusat sebelum

Azizah disindir lambat ulas episod banjir

Image
SHAH ALAM: Selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan berhubung banjir yang melanda Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, hari ini Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyeru pengikutnya di laman sosial Facebook untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di sana. Namun usaha itu ternyata mendapat sindiran daripada pengikutnya, Nazim Achim mempersoalkan kemunculan Azizah selepas seminggu negeri-negeri tersebut dilanda bah. "Takkan sekarang baru muncul..... dah seminggu banjir."

Krew kabin Air Asia yang hilang pernah tweet mengenai MH17 dan MH370

Image
Salah seorang krew kabin pesawat Air Asia Indonesia yang hilang Ahad lalu dikesan pernah menghantar beberapa tweet mengulas tragedi melibatkan dua kapal terbang MAS MH370 dan MH17 sebelum ini. Oscar Desano yang disenaraikan salah seorang anak kapal QZ8501, Julai lalu Desano menghantar ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine. "I feel truly sorry for the loss of MH17 by Malaysia Airlines. It's been 2 big catastrophic event for MAS in 1 year," "Takziah kepada semua keluarga penumpang, may all the casualties rest in peace." tweet beliau. Manakala Mac lalu, beliau mengulas mengenai kehilangan misteri kapal terbang MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke China. "Pray for Malaysia Airlines flight number MH370 Boeing 777-200 bound for Beijing, who have lost contact," tweetnya. Sementara itu, keluarga seorang daripada krew kabin, Wismoyo Arie Pambudi atau mesra dipanggil Yoyok terkejut apabila d

'Banjir fitnah' sama ligat air banjir..

Image
Nampaknya fitnah sudah tidak ada batas lagi.Bayangkan dalam keadaan ribuan tengah susah hilang harta benda segala macam dan orang lain berhempas pulas berusaha membantu sedaya mungkin...kilang fitnah budak-budak PAS jalan terus. Cuba baca ini.Ia jelas terpampang di laman facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai yang dimuatnaik pada 27 Disember pukul 12.37 pagi. Untuk selaraskan bantuan ke Kuala Krai boleh berhubung dengan Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Krai, Ust Ismail Mohamad - 0169255445 dan Setiausaha DPPKKK, Sdr. Deen Razali - 0189098512. Bantuan yang datang dari jalan Kota Bharu ke Kuala Krai akan disekat oleh pihak berkuasa dan mereka minta diserahkan kepada mereka untuk diagihkan..namun tidak sampai pun kepada mangsa2 banjir..harap berurusan terus dengan kami. Yang pasti budak-budak parti bulan ini pun tahu tidak ada insiden sekat menyekat seperti yang didakwa ini berlaku. Namun air nafsu serakah mereka untuk terus main politik sudah melimpah naik ke kepala. "

Harga RON95 dan diesel dijangka sekitar RM1.90 - RM1.95 seliter 1 Januari

Image
Keputusan kerajaan untuk menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini nampaknya terus menerus beri berita gembira. Setelah harga RON95 turun dari RM2.30 kepada RM2.26 dan diesel naik 3 sen seliter dari RM2.20 kepada RM2.23 mulai 1 Disember tentu ramai tertunggu apa pula harga mulai 1 Januari 2015. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tentu lebih tahu mengenai perkiraannya. Beliau menduga harga RON95 dan diesel sekitar RM1.90 - RM1.95 seliter mulai 1 Januari. Katanya tidak perlu nak berdemo mendesak penurunan harga. Beliau juga berharap selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu para peniaga juga akan menurunkan harga barang. Pada 1 Disember lalu harga RON97 yang diapungkan secara terkawal juga telah mengalami penurunan 9 sen seliter jadi RM2.46. Apakah RON97 juga akan turun.Ini kena tunggu pengumuman rasmi nanti.

Serpihan disahkan pesawat Air Asia... mayat dihanyut ombak turut dirakam

Image
Tandatanya mengenai pesawat AirAsia QZ8501 terjawab awal petang Selasa yakni hari ketiga ia hilang.Sudah sah pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi Ahad itu jatuh terhempas di Laut Jawa luar pantai Kalimantan Tengah. Sebaik disahkan berita sedih itu keluarga waris yang berkumpul di pusat krisis Lapangan Terbang Juanda Surabaya terus mengalami truama dan ada yang pengsan. Setakat berita ini ditulis 4.30 petang ,enam mayat telah ditemui terapung di laut dan dibawa menaiki kapal tentera Indonesia. Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan akan terbang dari Jakarta ke Surabaya untuk bertemu dengan keluarga waris.. Ini merupakan perkembangan baru selepas masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang milik Air Aisa Indonesia. Pencarian lebih tertumpu kepada Selat Karimata kira-kira 15 ke 20 kilometer daripada tempat kapal terbang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan. Kawasan tersebut menjadi fokus

Pesawat AirAsia Terbabas ketika Mendarat di Filipina

Image
KUALA LUMPUR 30 Dis - Pesawat Airbus A320 Z2272 milik AirAsia Zest dilaporkan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina kira-kira jam 5.41 petang tadi. Pesawat yang membawa 153 penumpang dan enam anak kapal yang berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Manila pada jam 4.58 petang itu terbabas ketika mendarat dalam cuaca buruk yang melanda pulau peranginan berkenaan. Tiada kecederaan dilaporkan. Pesawat berkenaan terbabas dan melekat di permukaan berumput dekat hujung landasan. Sebahagian daripada kepentingan syarikat penerbangan domestik itu dimiliki AirAsia Filipina.

Kemusnahan Di Kuala Krai Seperti Kesan Tsunami Aceh

Image
KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004. "Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya. "Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki. "Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya. Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan

Banjir: 21 Maut, 10 Hilang Di Negeri Pantai Timur - KPN

Image
KUALA LUMPUR: Banjir yang berlaku di Pantai Timur mengakibatkan 21 maut dan 10 lagi dilaporkan hilang di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 17 Disember lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat Selasa, sebanyak 14 kematian dilaporkan dan empat lagi masih hilang di Kelantan. "Di Terengganu, empat kematian dan seorang mangsa masih hilang, manakala tiga kematian dan dua lagi masih hilang di Pahang," katanya di Bukit Aman pada Selasa. Khalid turut mendedahkan bahawa seramai 947 anggota polis turut menerima kesan akibat bencana alam itu. Pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Bukit Aman, Selasa, polis menerima bantuan berjumlah RM75,000. Sumbangan itu akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk anggota polis terbabit. Khalid berkata, sumbangan itu disalurkan oleh syarikat swasta, Jason Roadwork Construction dan Royal Malaysian Cooperative Limited. "Berbanyak terima kasih di atas bantuan ini,

Najib Sifatkan Banjir Landa Kelantan Malapetaka Besar

Image
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir buruk yang melanda Kelantan adalah malapetaka besar yang membawa banyak kemusnahan. Beliau pada Selasa meninjau kesan akibat banjir besar itu di Gua Musang dan Kuala Krai, berkata kedua-dua jajahan berkenaan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas pada banjir kali ini. "Mereka (penduduk) menganggap bencana itu bukan sebagai satu fenomena banjir tetapi ia adalah bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini selepas meninjau keadaan di jajahan tersebut. Turut mengiringi Perdana Menteri dalam tinjauan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan. Najib berkata, selain melihat sendiri rumah yang musnah sama sekali dan yang r

Pesawat QZ8501: Gelongsor Kecemasan, Pintu Pesawat Ditemui

Image
PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan. Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serpihan tersebut kira-kira 105 batu dari Pangkalanbun. Susulan penemuan itu, sebuah helikopter dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat lagi. "10 objek keras dan banyak serpihan kecil. Objek seperti itu tidak selalunya dilihat berada di atas permukaan laut. "Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa. Beliau berkata, 10 objek tersebut terdiri daripada pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan sebuah objek berbentuk segi empat. Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi SAR turut mengesahkan ternampak serpihan bertaburan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan t

SKMM cari empat individu sebar berita Sekolah Manek Urai runtuh...Tahan dan Hukum Sekeras Kerasnya

Image
KUALA LUMPUR: Empat individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai di Kelantan. "Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. "Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook SKMM. Kata Mohamed Sharil, empat individu itu ialah Mohd Zulkifli Ismail (No MyKad: 821125-03-5687) dan alamat terakhir di 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan dan Roslina Hassan (No MyKad: 741228-03-6172) alamat terakhir di 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang. "Dua lagi individu adalah Tengk

Jangan Hina Kami Lagi, Kami Ikhlas Membantu.- Anggota Polis

Image
Kota Baharu – Biar apapun keadaannya petugas dan anggota penyelamat akan sentiasa bersiap-sedia membantu mangsa banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dinggini. Namun masih ada segelintir masyarakat yang masih cuba menunding jari dan meletakkan kesalahan tersebut kepada anggota unit penyelamat banjir yang dikatakan tidak cekap dan bertugas sambil lewa. Hanya kerana satu-dua kes bantuan bekalan makanan lewat tiba dan bekalan elektrik terputus atau janakuasa kehabisan diesel, perkara tersebut dijadikan bahan kes untuk dipolemikkan. Tidak cukup dengan polemik tersebut, ada juga sengaja mengembar-gemburkan isu tersebut dengan harapan menjadi viral dan mula dibincang dan diperdebatkan sampai ke peringkat melampau. Menurut salah seorang petugas banjir yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, beliau kecewa dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dan bermain politik. “Sejak bermulanya musibah ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kerana gag

Inilah perbuatan penganut ajaran sesat dan dapigs peliwat laknatullah

Image
Mereka tahu orang cina india iban kadazan dah mula ramai ramai kembali sokong bn sebab tu mereka gunakan pelbagai taktik keji demi nak burukkan Umno bn

Amekkkk kawwww otak tu ligat sangat nak memfitnahhh...

Image
CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri. “Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan: 1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan 2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang 3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan 4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat

Ya Allah..sabarlh wahai mangsa banjir..ad hikmah d sebalik semua ni..berat mata memndang berat lg bhu memikul..

Image

Rakyat Kelantan pasti nampak APA Azmin Ali MB Selangor lakukan di Kelantan

Image
Air bukannya dalam sangat sampai lutut jer.....nampak sangat Azmin ni.Baik tak payah datang....

Mayat Terapung, Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat QZ8501

Image
PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo. Seorang jurucakap tentera laut memberitahu pemberita bahawa "pada masa ini, ia boleh disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia". "Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne. Objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi SAR di lokasi pesawat QZ8501 dilaporkan terputus hubungan pada Ahad. "Kita mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak serpihan kecil berwarna putih," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa kepada pemberita di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo. "Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut

Video Ngeri Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas Dungun

Image
Ngeri Bila melihat video kemalangan yang telah mengorbankan pekerja dari Petronas Dungun. Dua kakitangan Petronas GPP tersebut maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Balai Bomba dan Penyelamat Paka di sini, 10.30 pagi tadi. Eksekutif, Rosli Mahmud, 52, dan juruteknik Nasuki Mohamad, 45, maut dalam kemalangan itu manakala seorang lagi juruteknik Mat Zian Mat Zin, 48, hanya cedera ringan. Kemalangan berlaku ketika kesemua kakitangan Petronas terbabit dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Kertih. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Nasuki hilang kawasan lalu terbabas di situ yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik dan bergolek beberapa kali di situ. Nasuki yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan Rosli yang parah di kepala dan badan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun manakala Mat Zian yang ce

Blogger Celaka Memfitnah Lagi Dikala Najib Sibuk Dengan Mangsa-Mangsa Banjir.

Image
Blogger-blogger celaka dari kumpulan BUTUD ini memfitnah lagi. Selepas kantoi menipu dalam isu 1MDB sehingga merayu minta tidak 'ditembak', kini mereka kembali mengarahkan serangan kepada peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sama seperti pembangkang, subjek utamanya ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Angle pun sama - tuduh isteri Perdana Menteri itu menyalahgunakan aset kerajaan yang diperuntukkan untuk suaminya. Kata mamak Syed Akhbar ini, dia mendapat maklumat kononnya Datin Seri Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan ke Indianapolis, Amerika Syarikat bila hakikat sebenarnya Datin Seri tidak pun berada di tempat itu (Indianapolis). Menurut sumber, jet berkenaan kekal di Amerika Syarikat (selepas Perdana Menteri pulang ke Malaysia) untuk tujuan penyelenggaraan teknikal tertentu - atas alasan sama kenapa Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk balik ke Malaysia. Sumber yang sama mengatakan Perdana Menteri menaiki pesawa

Berita Palsu : Tiada Kematian di Hospital Kuala Krai

Image
KUALA LUMPUR 29 Dis - Media sosial terus dijadikan platform untuk pengguna menyebarkan khabar berita palsu terutamanya tentang kesan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini. Terbaru adalah perkongsian whatsapp yang mula viral sejak beberapa hari lalu. Pada sebaran whatsapp berkenaan, 40 mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai kesan daripada banjir dan juga akibat kekangan peralatan di hospital berkenaan. Sebaran melalui whatsapp menceritakan detik cemas penuh dramatik bagi menyakinkan pengguna lain agar terus menyebarkan maklumat palsu ini.Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu. Penafian itu dinyatakan beliau menerusi laporan di saluran Astro Awani hari ini. "Saya ingin membuat penafian dalam media sosial yang mengatakan bahawa ada 40 mayat yang bergelimpangan di Kuala Krai akibat kekurangan oksigen & kekangan peralatan hospital. &q

PENGAMAL MEDIA HARAM JADAH ........

Image
Pasukan penyelamat dan sukarelawan bertungkus lumus membantu mangsa2 banjir tanpa mengira penat lelah, tanpa batas waktu dan membahayakan nyawa sendiri demi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Suasana yang kian meruncing ini semakin ramai mangsa dipindahkan. Semakin ramai juga rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan apa sahaja. Kerajaan menggunakan apa sahaja set yang ada. Begitu juga dengan pihak swasta. Lebih ramai orang menawarkan diri menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa2 banjir dengan kemampuan yang ada. Ramai juga rakyat Malaysia yang tidak mampu membantu dari segi tenaga atau kewangan namun mereka tetap ingin membantu dengan mendoakan supaya keadaan akan kembali pulih dan semua mangsa selamat. Namun dalam keadaan yang genting dan cemas begini ada rakyat Malaysia yang sudah hilang rasa sedih, simpati dan kasih sayang. Di dalam suasana sedih ini mereka sanggup menyebarkan berita2 palsu memburuk2kan pasukan2 penyelamat, petugas2 banjir dan sukarelawan. Mereka juga me

MARILAH KITA SAMA2 BERDOA ......

Image
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa kami serta sekalian muslimin muslimat. Bantulah kami, hilangkanlah bala bencana yang turun kepada kami. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Bantulah saudara-saudara kami dalam musibah banjir ini ya Allah. Dengan berkat nabi Muhammad dan keluarga Dengan berkat ayat-ayat suci al-quran mu ya Allah “wahai bumi telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu” surah al hud : 44 Dengan izinmu ya Allah, perkenanlah doa hamba-hambumu yang berdosa ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Amin-amin, ya rabbal a’lamin. Semoga diperkenankan doa mohon elak banjir dari kami semua ya Allah.