Mayat Terapung, Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat QZ8501
PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.
Seorang jurucakap tentera laut memberitahu pemberita bahawa "pada masa ini, ia boleh disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia".
"Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne.
Objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi SAR di lokasi pesawat QZ8501 dilaporkan terputus hubungan pada Ahad.
"Kita mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak serpihan kecil berwarna putih," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa kepada pemberita di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.
"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," katanya.
Televisyen tempatan menunjukkan beliau memaparkan 10 gambar objek yang menyerupai pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Menurut pegawai, pesawat dan kapal yang terlibat dalam operasi SAR sedang menuju ke kawasan berkenaan.
Ia merupakan perkembangan terbaharu selepas pihak berkuasa Indonesia memperluaskan operasi mencari pesawat itu yang hilang bersama 162 orang.
Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.
Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal. - Singapore Straits Times/ANN

Comments