Jangan Hina Kami Lagi, Kami Ikhlas Membantu.- Anggota Polis
Kota Baharu – Biar apapun keadaannya petugas dan anggota penyelamat akan sentiasa bersiap-sedia membantu mangsa banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dinggini.
Namun masih ada segelintir masyarakat yang masih cuba menunding jari dan meletakkan kesalahan tersebut kepada anggota unit penyelamat banjir yang dikatakan tidak cekap dan bertugas sambil lewa.
Hanya kerana satu-dua kes bantuan bekalan makanan lewat tiba dan bekalan elektrik terputus atau janakuasa kehabisan diesel, perkara tersebut dijadikan bahan kes untuk dipolemikkan.
Tidak cukup dengan polemik tersebut, ada juga sengaja mengembar-gemburkan isu tersebut dengan harapan menjadi viral dan mula dibincang dan diperdebatkan sampai ke peringkat melampau.
Menurut salah seorang petugas banjir yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, beliau kecewa dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dan bermain politik.
“Sejak bermulanya musibah ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kerana gagal buat itu dan ini, sedangkan kami dilapangan bersabung nyawa bagi memastikan setiap nyawa dan keselamatan mangsa banjir.
“Saya merayu kepada semua, jangan hina kami lagi” ujarnya kesal.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata sebaik sahaja amaran banjir dikeluarkan, pihaknya telah berjumpa dan menasihatkan penduduk untuk segera berpindah.
Namun ada dikalangan mereka yang enggan berpindah sambil memberikan pelbagai alasan.
“Ada yang memperlekeh dan mencemuh, apabila kami datang menyuruh mereka untuk berpindah kononnya sudah duduk berpuluh
tahun dan tidak pernah banjir.
“Tapi apabila air mula naik dan berada pada tahap bahaya, kami pula yang disalahkan” ujarnya lagi.
Menurutnya banjir besar yang melanda secara mengejut ini sedikit sebanyak akan menyukarkan operasi pasukan keselamatan dan agensi-agensi yang berkaitan terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil.
Bantuan kemanusiaan ada kalanya lambat dan sukar disalurkan kerana jalan hubungan darat terputus terus dan bantuan melalui udara juga lewat dihantar kerana faktor cuaca.
“Kejadian seperti ini adalah perkara luar jangka dan tidak disengajakan malah ia sentiasa berlaku jika ada bencana besar.
“Namun apa yang dikesalkan, mereka yang mengecam dan menghina kami itu hanya duduk dihadapan komputer sambil melemparkan pelbagai tuduhan” katanya lagi.

Comments