'Banjir fitnah' sama ligat air banjir..
Nampaknya fitnah sudah tidak ada batas lagi.Bayangkan dalam keadaan ribuan tengah susah hilang harta benda segala macam dan orang lain berhempas pulas berusaha membantu sedaya mungkin...kilang fitnah budak-budak PAS jalan terus.
Cuba baca ini.Ia jelas terpampang di laman facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai yang dimuatnaik pada 27 Disember pukul 12.37 pagi.
Untuk selaraskan bantuan ke Kuala Krai boleh berhubung dengan Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Krai, Ust Ismail Mohamad - 0169255445 dan Setiausaha DPPKKK, Sdr. Deen Razali - 0189098512.
Bantuan yang datang dari jalan Kota Bharu ke Kuala Krai akan disekat oleh pihak berkuasa dan mereka minta diserahkan kepada mereka untuk diagihkan..namun tidak sampai pun kepada mangsa2 banjir..harap berurusan terus dengan kami.
Yang pasti budak-budak parti bulan ini pun tahu tidak ada insiden sekat menyekat seperti yang didakwa ini berlaku.
Namun air nafsu serakah mereka untuk terus main politik sudah melimpah naik ke kepala.
"Ini kah kerja orang yang ada agama? Siapa sekat? Jika polis sila ambil no perkhidmatan mereka... atau baru terhegeh hegeh nak kumpul barang setelah kerajaan Barisan Nasional selesaikan masalah...".Itu kata seorang blogger yang geram sangat melihat gelagat ini menerusi facebooknya.
Itu kisah fitnah yang tertera dalam sebuah laman facebook rasmi PAS kawasan.
'Banjir fitnah' nampaknya cukup ligat selari dengan ganasnya air banjir yang melimpah.
Di luar sana tidak kurang juga yang gatal tangan menyebar fitnah seumpama ini menerusi media sosial.
Dakwaan ini berkisar konon ada lori-lori yang bawa bantuan tidak dibungkus dengan cop Barisan Nasional di sekat di sana sini.
Turut terkena tempias fitnah ini ialah Ahli Parlimen BN Machang,Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau yang juga Ketua UMNO Machang itu menempelak mereka yang menuduhnya melambatkan bantuan banjir kerana mahu wajahnya dan logo BN dicetak pada kampit beras yang diagihkan itu.
"Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh. Jawablah di akhirat nanti. Jangan parti saja nama Islam tapi amalan tak ikut," Ahmad Jazlan menulis dalam huruf besar di laman Facebooknya.
"Bila bencana berlaku pada hari pertama dan kedua keadaan bekalan tak cukup, saya keluarkan semua stok 500 kampit untuk diagihkan segera.
"Bukan musim nak berpolitik. Ini misi kemanusiaan tanpa mengira bangsa," tegasnya.
Beliau berkata kampit beras yang bercetak wajahnya adalah baki daripada kempen pilihan raya umum ke-13.
Motifnya apa buat fitnah itu kalau bukan untuk bikin orangramai yang terhimpit dengan bencana banjir marah semarahnya.
Ini juga baru satu contoh fitnah yang berlegar.
Macam-macam lagi disebar menerusi media sosial sejak banjir besar melanda beberapa negeri khususnya Kelantan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi contoh tentang cerita tentang budak mati dalam keadaan menyayat hati terbenam dalam lumpur di Indonesia.
Katanya ia disebar di media sosial seolah-olah inilah yang berlaku di Kelantan.
Beliau berkata terdapat juga mesej menyalahkan pihak tertentu dalam soal bencana alam yang sedang menimpa Kelantan.
Shabery sendiri kena main.Gambarnya yang sedang belai seekor kuching di satu pusat penempatan banjir diubah jadi macam kejam sedang sembelih kucing itu.
Ada pula yang sebar berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan.
Di Kuala Krai saja ada yang mendakwa berlaku 10 kematian.
Untuk meyakinkan orang pada fitnah itu cerita 'kain kafan dengan jumlah yang banyak diperlukan di Kuala Krai' pula disebar.
Ini mendorong Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim membuat kenyataan menjelaskan sejak17 Disember lalu 13 orang dilaporkan hilang akibat banjir di negeri itu.
"Sembilan daripada mereka ditemui meninggal dunia, dengan tiga di Kota Baru, empat di Pasir Mas, dan dua di Tumpat, manakala empat lagi masih tidak ditemui," katanya.
Menurut beliau, pihaknya masih mengesan mayat seorang berusia tiga tahun di Pasir Mas dan tiga di Kuala Krai," katannya.
Jangan lupa pada berita palsu bahawa Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh Ahad lalu.
Melihat pada segala macam fitnah yang berlegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu mengenai keadaan banjir di negara ini.
Perdana Menteri berkata, golongan penyebar berita palsu terbabit boleh mencetuskan panik dan mendatangkan kerisauan di kalangan mangsa banjir.
"Harap SKMM dapat kesan mereka yang terbabit dan diambil tindakan terhadap mereka. Harap rakyat tidak terima bulat-bulat berita dalam media sosial sebab ia hanya media perantaraan saja dan tidak dapat menentukan kesahihan maklumat," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke atas mangsa banjir di Kuala Kangsar Isnin.
Mengenai hal ini Shabery berkata SKMM)sedang mengumpul segala maklumat mereka yang menyebarkan berita palsu berkaitan banjir yang melanda negeri ini, supaya tindakan dapat diambil termasuk didakwa di mahkamah.
Katanya hasil maklumat yang dikumpulkan itu akan diserah kepada pihak Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.
"Setiap mereka ini diperhatikan dan yang pentingnya apabila kita mendapat maklumat kita kena berhati-hati bukan sahaja untuk mempercayai tetapi berkongsi maklumat tersebut.
"Berkongsi bermakna kita menolong menyebarkan maklumat yang salah, apatah lagi maklumat yang palsu, maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kekacauan dalam masyarakat,"katanya.
Ada pemerhati menilai penyebaran fitnah ini ada kaitan dengan kebimbangan pada usaha bersungguh-sungguh kerajaan membantu mangsa banjir akan menghakis pengaruh politik pembangkang.
Ia juga dikatakan untuk menutup kelemahan dan kelembaban pembangkang dalam gerak kerja mereka membantu mangsa banjir.
Ikut ceritanya sejak beberapa hari kebelakangan ini saja kalangan pemimpin pembangkang mula ' tunjuk muka' di kawasan-kawasan dilanda banjir.
Lim Kit Siang sendiri turun 'pusing-pusing' Kota Bharu pada hujung minggu.
Beberapa hari lalu otai DAP ini senang-senang main tembak ikut suka hati tuduh tidak ada seorang menteri UMNO yang jenguk Kelantan sejak dilanda banjir besar kali ini.
Sedangkan agensi-agensi kerajaan berkaitan serta ada dua menteri UMNO sudah mengatur langkah sejak banjir mula melanda negeri-negeri Pantai Timur.
Ada yang kata keadaannya sekarang ibarat buat apa pun kerajaan buat tidak kena.Itu salah ini salah semua salah.
Jadi apa nak hairan kalau akhbar PAS,Harakah tampil dengan tajuk besar ' Pengurusan bencana lemah'.
Bagi yang tahu al-kisahnya....itu bunyi macam orang yang tunjuk pada diri sendiri

Comments