Serpihan disahkan pesawat Air Asia... mayat dihanyut ombak turut dirakam

Tandatanya mengenai pesawat AirAsia QZ8501 terjawab awal petang Selasa yakni hari ketiga ia hilang.Sudah sah pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi Ahad itu jatuh terhempas di Laut Jawa luar pantai Kalimantan Tengah.

Sebaik disahkan berita sedih itu keluarga waris yang berkumpul di pusat krisis Lapangan Terbang Juanda Surabaya terus mengalami truama dan ada yang pengsan.

Setakat berita ini ditulis 4.30 petang ,enam mayat telah ditemui terapung di laut dan dibawa menaiki kapal tentera Indonesia.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan akan terbang dari Jakarta ke Surabaya untuk bertemu dengan keluarga waris..

Ini merupakan perkembangan baru selepas masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang milik Air Aisa Indonesia.

Pencarian lebih tertumpu kepada Selat Karimata kira-kira 15 ke 20 kilometer daripada tempat kapal terbang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan.

Kawasan tersebut menjadi fokus selepas seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Taha mendakwa melihat banyak serpihan yang "bukan sampah biasa" dilihat di kawasan tersebut pada Isnin.

Berbekalkan maklumat tersebut pesawat tentera Indonesia (TNI) dikerahkan untuk memulakan pencarian di zon yang disebut oleh Taha.

Hasilnya lebih kurang jam 11.00 pagi tadi lebih 10 objek berjaya dirakam pesawat Hercules C130 yang turut membawa media.

Selepas beberapa kali berlegar dikawasan tersebut, mereka pulang ke pengkalan udara Landasan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, dan membuat laporan.

Hasilnya satu pasukan khas diterbangkan ke tempat kejadian yang kemudiannya untuk mengambil serpihan.

Petang Selasa, serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

Sementara pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 Letnan Satu Penerbang Erwin Tri Wibowo mengaku menemukan tubuh manusia di Selat Karimata, Kalimantan.

"Tadi juga sempat tertangkap kamera seperti orang terbawa ombak," ujar beliau.

Tri mengatakan tubuh manusia tersebut ditemukan dekat Teluk Air Hitam, Selat Karimata.

Pesawatnya sempat berputar-putar beberapa kali di kawasan itu untuk mencari dugaan tubuh tersebut. Namun, ia hilang.

Sementara itu, berikutan perkembangan tersebut Ketua Badan Penyelamat Indonesia Soelistyo mengarahkan semua pasukan yang terlibat dengan SAR menuju ke zon serpihan AirAsia ditemui di Laut Jawa.

Menurutnya, seluruh armada akan menuju ke lokasi melakukan pencarian. Di titik itu ditemukan sejumlah serpihan mulai dari pelampung, dan pecahan exit door.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL