AWER dakwa aktiviti penggondolan hutan punca banjir teruk

SHAH ALAM: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyifatkan kejadian banjir terburuk yang melanda beberapa buah negeri di negara ini disebabkan aktiviti penggondolan hutan yang dilakukan secara berleluasa.

Jelas Presidennya, S. Piarapakaran, banyak kawasan tadahan air musnah akibat sifat rakus manusia meneroka hutan demi keuntungan berlipat kali ganda tanpa melaksanakan aktiviti pemuliharaan hutan, dengan menanam semula pokok dan sebagainya.

"Mengapakah kapasiti penyerapan berkurangan? Ia berkurang akibat daripada penggondolan hutan, perubahan dalam guna tanah, pertambahan dalam permukaan tidak telap air dan secara keseluruhan, pembangunan untuk menampung peningkatan populasi penduduk.

"Kemusnahan hutan akan menghapuskan keupayaan alam semula jadi untuk melambatkan" pergerakan air larian permukaan," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Perkara berkaitan ini katanya lagi jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri yang harus mengambil serius tentang pentingnya mengekalkan hutan dan mematuhi hukum alam (nature's law).

"Hal-hal berkaitan tanah bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri. Ini meliputi perlindungan hutan dara dan pewartaan guna tanah bawah setiap kerajaan tempatan.

"Penggondolan hutan dara dan menanam semula dengan tumbuhan pertanian tidak menjadikan kawasan ini "hijau" dan "semula jadi" jelasnya.
 
Jika aktiviti ini sentiasa berterusan secara langsung atau sebaliknya, negara setiap tahun akan menanggung kos yang semakin meningkat untuk menanggung segala kos kerugian membantu mangsa banjir yang sebenarnya boleh dielakkan, katanya lagi.

Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri tahun ini disifatkan terburuk khususnya di Kelantan.

"Banjir tahun ini akan menyebabkan kehilangan kewangan yang jauh lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kehilangan kewangan ini tidak termasuk kos peruntukan projek-projek tebatan banjir, pembinaan semula infrastruktur dan pampasan.

"Situasi banjir semakin serius saban tahun dan sudah tiba masanya untuk audit projek-projek tebatan banjir ini.

Piarapakaran dalam pada itu menambah, setiap projek tebatan bajir yang dirancang mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan sebelum ini, perlu dipatuhi dan bukan hanya membazir wang untuk kos pengeluaran sahaja.

Berdasarkan pecahan Belanjawan 2015 terkini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepatutnya melaksanakan projek-projek bernilai RM 4.638 bilion untuk tebatan banjir dari tahun 2011 sehingga 2015, tetapi hanya RM 2.459 bilion diperuntukkan sehingga kini.

Tambahan pula, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM 1.788 bilion dan RM 3.998 bilion untuk tebatan banjir di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan ke-9 masing-masing.

Sehubungan itu Ketua Audit negara juga perlu menjalankan siasatan terperinci tentang aliran wang yang digunakan kepada projek-projek tebatan banjir yang dirancang.

Ini mustahak katanya untuk memastikan wang digunakan dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL