Krew kabin Air Asia yang hilang pernah tweet mengenai MH17 dan MH370
Salah seorang krew kabin pesawat Air Asia Indonesia yang hilang Ahad lalu dikesan pernah menghantar beberapa tweet mengulas tragedi melibatkan dua kapal terbang MAS MH370 dan MH17 sebelum ini.
Oscar Desano yang disenaraikan salah seorang anak kapal QZ8501, Julai lalu Desano menghantar ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine.
"I feel truly sorry for the loss of MH17 by Malaysia Airlines. It's been 2 big catastrophic event for MAS in 1 year,"
"Takziah kepada semua keluarga penumpang, may all the casualties rest in peace." tweet beliau.
Manakala Mac lalu, beliau mengulas mengenai kehilangan misteri kapal terbang MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke China.
"Pray for Malaysia Airlines flight number MH370 Boeing 777-200 bound for Beijing, who have lost contact," tweetnya.
Sementara itu, keluarga seorang daripada krew kabin, Wismoyo Arie Pambudi atau mesra dipanggil Yoyok terkejut apabila dimaklumkan bahawa lelaki yang berasal dari Klaten, Jawa Tengah itu disebut sebagai kru kabin yang berada dalam pesawat berkenaan sedangkan sebelum itu Yoyok memberitahu sedang bercuti.
Ibu Yoyok, Sri Sumingsri dikatakan kelihatan terkejut dan tidak bersedia memberi kenyataan kepada media dan terus memantau perkembangan pencarian pesawat yang mana Yoyok bertugas sebagai pramugara.
Salah seorang ahli keluarga Yoyok, Erna Retnowati berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat dari syarikat penerbangan mengenai pencarian dan nasib kru pesawat.
"Keluarga sudah menghantar data Yoyok yang disimpan di rumah ke pusat krisis yang dibuka di Surabaya," katanya.
Ahli keluarga lain, Agus Riyanto berkata, Sabtu lalu Yoyok masih menghubungi keluarga melalui khidmat pesanan Blackberry (BBM) mengatakan bahawa esoknya (Ahad) dia bercuti kerana tiada jadual penerbangan.
"Menurut ibunya, Yoyok mengatakan semalam dia bercuti. Saat namanya disebut dalam berita, saya terus menelefon ibu Yoyok untuk mendapatkan penjelasan. Ibu Yoyok juga kehairanan kerana Yoyok mengatakan Ahad itu dia cuti.
"Mungkin dia menggantikan rakannya. Biasanya Yoyok juga mengikuti penerbangan Malaysia atau Thailand, bukan ke Singapura," katanya.

Comments