Tony Fernandes : 'Kami Akan Bertanggungjawab'

 JAKARTA 31 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya tidak akan lari daripada tanggungjawab susulan nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

"Walaupun ketika ini, kami tidak tahu apa yang salah, kami tidak akan lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang media selepas melawat keluarga mangsa di Pusat Krisis di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, hari ini.

Tony berkata, juruterbang penerbangan QZ8501, Kapten Iriyanto antara juruterbang terbaik yang memiliki banyak pengalaman.

Beliau juga menyifatkan pesawat berkenaan berada dalam keadaan yang cukup baik ketika melakukan penerbangan berkenaan.

"Juruterbang memiliki pengalaman yang cukup baik, sudah merekodkan 20,000 jam penerbangan dan beliau sangat mengetahui keadaan di kawasan berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia.

"Biar kita berikan masa kepada BASARNAS untuk menjalankan siasatan," katanya. - Detik.com

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL